Macam-macam benda jadi sekarang ni. Lagi-lagi melibatkan mengenai penerbangan. Maklum lah dari kehilangan pesawat MH370 sehingga lah EgyptAir baru-baru ni. Sampaikan kita ni nak melancong pun jadi macam trauma sebab rasa tak selamat berada dalam kapal terbang.
Semalam kita dikejutkan lagi dengan insiden yang berlaku di pesawat MH01 yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari London. Kemalangan berlaku apabila pesawat tersebut mengalami gelora udara yang agak kuat. Ini pengalaman ngeri yang diceritakan oleh salah seorang penumpang. Syukur lah tiada kemalangan yang teruk berlaku.
‘Pengalaman paling menakutkan’
Salah seorang daripada penumpang pesawat MH01 menceritakan semula detik berlakunya gelora udara yang berlaku sehingga menyebabkan beberapa orang tercedera. Penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Mary berasal dari Singapura berkata itu merupakan pengalaman paling menakutkan sehingga dia ingatkan kapal terbang akan terhempas.
Mary juga berkata dia bercadang untuk meluangkan masa dalam beberapa hari di Kuala Lumpur tapi tak sangka pula dia akhirnya berada di hospital. Mary tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dia menemani rakannya dari Malaysia yang mengalami kecederaan di pinggang.
Pergolakan itu berlaku kira-kira tiga hingga lima minit apabila kira-kira tiga jam sebelum kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Saya sedang duduk di dek atas. Apabila pesawat mengalami pergolakan, krew kabin baru sahaja ingin menghidangkan makanan kepada penumpang. Saya melihat bungkusan makanan melayang dari troli makanan.
Tambah Mary, dia juga nampak seorang kepala pramugari terhantuk sebelum jatuh.
Akan beri maklumat terkini dari semasa ke semasa
Seorang pegawai dari Malaysia Airlines Berhad (MAB), tidak mahu mengulas lanjut mengenai jumlah bilangan penumpang serta anak kapal yang cedera, walaubagaimanapun dia memastikan pengendali syarikat penerbangan itu akan mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa untuk beri berita terbaru mengenai kejadian tersebut.
Beberapa mesej di Whatsapp kini viral mengenai insiden itu, dengan salah seorang dakwa empat penumpang dan enam anak kapal cedera, manakala ‘maklumat terkini’ dari sesetengah pihak mengatakan dalam jumlah 34 orang yang tercedera.
Selain itu, dalam tujuh gambar telah dikongsi di Facebook dan aplikasi Whatsapp yang menunjukkan bungkusan makanan dan minuman jatuh bersepah di atas lantas dan beberapa barang yang rosak.
Sumber: Astro Awani