berita

Sabri Yunus Kecewa Perkahwinan Dituduh Tidak Sah – ‘Terus Buat Tuduhan Kami Berzina’

October 17th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Sabri Yunus Kecewa Pernikahan Dituduh Tidak Sah

Baru-baru ini pelawak dan pengarah, Sabri Yunus selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga merupakan pelawak dan pelakon, Angeline Tan.

Namun begitu, tular pula satu video ceramah memaparkan seorang pendakwah yang mendakwa perkahwinan kedua selebriti itu sebagai tidak sah kerana tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lafaz Itu Sah Mengapa Perlu Diulang? – Dr Maza Jelas Isu Ijabkabul Ringkas Sabri Yunus & Angeline Tan

Tuduhan berat

Terbaharu, Sabri tampil meluahkan kekecewaannya dan menganggap tuduhan yang dilemparkan itu sebagai satu tuduhan yang sangat berat sekaligus mengundang perspektif negatif orang ramai.

Saya tidak menyangka akan timbulnya isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya. Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata(menuduh) pernikahan kami tidak sah. Terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Berat tuduhan itu.

Dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru?  Dalam majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 hadirin juga tak keliru.

Orang di luar atau yang tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu.

Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya. Saya tak fikir ada orang tak faham bila qabul jawab saya setuju.

Sementara itu, Sabri juga mendakwa kenyataan dibuat oleh pendakwah tersebut disebabkan tidak sehaluan dengan juru nikahnya yang juga merupakan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza.

Saya tahu bahawa ustaz ini selama ini banyak tidak sependapat dan sealiran dengan Dr Maza juru nikah kami. Dalam video tersebut saya dapat rasakan permusuhan itu apabila ustaz ini mengheret beberapa isu lain yang tiada kena mengena dgn isu kami.

Ini menunjukkan beliau cuba mengukuhkan pandangan beliau terhadap jurunikah kami. Janganlah kami dijadikan mangsa kebencian tuan kepada seteru tuan.

Di akhir hantaran, Sabri menegaskan bahawa pernikahannya dengan isteri sama sekali tidak melanggar arahan atau akta yang berkaitan dengan urusan pernikahan.

Terdahulu, Sabri dan Angelina atau nama Islamnya, Ardini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×