berita

Sada Borneo Disingkir Asia’s Got Talent Kerana Ikut Konsep Barat

May 12th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

David foster image

Penerbit dan komposer antarabangsa terkenal David Foster baru-baru ini melabel peserta tempatan program realiti Asia’s Got Talent sebagai membosankan dan terlalu ikut konsep barat.

Akibat dari persembahan yang mengecewakan itu, Sada Borneo akhirnya tersingkir di pusingan ketiga pusingan akhir sekaligus terlepas untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak USD$100,000  (RM362,487).

“Mereka Degil..”

sada_borneo

Semasa Sada Borneo melakukan persembahan pertama di Asia’s Got Talent, David Foster pernah menasihati mereka supaya kekalkan keunikan elemen tradisional mereka tersendiri tanpa menyelitkan instrumen moden.

Mereka terlalu mencuba menjadikan persembahan mereka menjadi persembahan barat, itu yang menyebabkan saya tidak suka dengan persembahan mereka.

Sewaktu pertama kali saya lihat persembahan mereka, saya ada menasihatkan supaya sebolehnya jangan menggunakan gitar elektrik tetapi mereka tidak endahkannya.

Pada persembahan seterusnya mereka masih menyelitkan lagi alat muzik moden menyebabkan elemen tradisional dan keunikan persembahan muzik dan kebudayaan yang mahu mereka tonjolkan itu hilang,” jelasnya ketika diminta mengulas tindakannya menekan butang ‘X’ menandakan dia tidak menyukai persembahan lima anak muda tersebut.

Sada Borneo berbakat besar

SadaBorneo1

Namun, juri Asia’s Got Talent itu akui Sada Borneo mempunyai bakat yang besar dan mampu untuk pergi jauh. David juga menambah supaya keunikan muzik dan alat tradisional yang digunakan oleh kumpulan itu dikekalkan supaya persembahan mereka memberi impak kepada penonton.

Memang kerja saya mencari mereka-mereka yang mempunyai bakat sebenar. Saya tidak boleh menipu malah saya akui kumpulan tersebut memamg berbakat besar.

Korang dah tengok persembahan Sada Borneo ni? Kami memang kagum dengan bakat kumpulan itu dan kami juga bangga kerana kumpulan itu sekurang-kurang nya membawa nama Malaysia ke mata dunia!


Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×