Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengesahkan bahawa Ira Kazar dan Syamsul Yusof masih bergelar suami isteri.
‘Memang tiada isu cerai..’
Memetik laporan mStar, Nur Nilam akui terkejut selepas mendengar khabar angin bahawa rumah tangga Ira Kazar dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof sedang bergolak sedangkan hubungan mereka dalam keadaan baik.
Dia jarang bercakap dengan saya mengenai isu hal rumah tangga ini dengan saya, lebih banyak bercerita dengan Azlan, disebabkan ramai sangat bertanya jadi saya minta suami tanyakan.
Bercerita dengan lebih lanjut, Nila berkata anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi menafikan dakwaan seperti yang tersebar di media sosial.
Memang tiada isu cerai, saya pun baru saja hubungi Ira sebelum temu bual ini untuk dapatkan kepastian, dia cakap tiada pun isu cerai ini.
Semasa dia datang rumah saya hari itu pun Syamsul datang sekali cumanya dia tinggal Ira di rumah saya la dan dia keluar ke tempat lain.
Dalam pada itu, Nilam akui melihat Ira dan Syamsul menjalani kehidupan sebagai suami isteri yang bahagia tetapi pasangan ini dikatakan memilih untuk tidak berkongsi di media sosial disebabkan kecaman wargamaya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila sebuah blog mendakwa anak kepada pelakon veteran itu sudah diceraikan menerusi WhatsApp malah dihalau daripada rumah.
Sumber: mStar