Pelakon dan usahawan Saharul Ridzwan mengambil keputusan untuk menjual kereta mewahnya, Mercedes Benz E Class setelah lima tahun memilikinya.
Artikel Berkaitan: Lawan Perasaan Takut, Saharul Ridzwan Sahut Cabaran Terapung Di Tengah Laut Selama Sejam
‘Duduk rumah saja’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Saharul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim memberitahu dia sudah mempunyai perancangan untuk menjual keretanya sejak tahun 2021 lagi.
Menurut Saharul, kereta itu hanya digunakan sewaktu dia pergi ke set penggambaran dan selebihnya ‘tersadai’ di rumah sahaja.
Tahun 2021 memang saya rancang nak jual sebabnya saya tak pakai kereta ini.
Tak silap saya waktu 2018, saya beli dengan mileage 20 lebih. Kereta ini memang tak bergerak ke mana mana, yang jadi dia bergerak pun waktu saya ada penggambaran dululah.
Saya pergi set penggambaran, kita pakai kereta ni, maka mileage dia pun bergeraklah juga, kalau tidak memang kereta ni tak bergerak.
Ada dekat rumah mak saya, dekat rumah umi. Umi cakap juallah kereta daripada duduk berselimut je kan.
Pelakon berusia 35 tahun itu mendedahkan dia membuat pinjaman penuh untuk membeli kereta tersebut dan membayar sebanyak RM2,000 sebulan.
Tambahnya lagi, dia terpengaruh dengan kata-kata kawannya untuk membeli kereta tersebut ketika dia baru saja ingin memulakan perniagaan.
Bagi Saharul, pada awalnya dia berasa gah kerana mempunyai kereta tersebut, namun lama kelemaan ia menjadi satu beban untuknya.
Kereta ini saya buat pinjaman penuh, jadi bila buat pinjaman penuh, tiap-tiap bulan saya bayar RM1,900 lebih dekat RM2,000. kereta ni saya beli dengan harga RM200,000 pinjaman penuh.
Tahun 2018 saya baru nak mula berniaga, jadi kawan saya sorang ni lah dia bagitahu yang Saharul kau kena pakai kereta Merc.
Kereta Merc ni melambangkan kredibiliti kepada orang yang berniaga. Jadi pada waktu tu saya masih lagi berlakon pada awalnya saya rasa gah tapi pada akhirnya saya rasa benda tuh bebanan.
Sememangnya di bank saya hutang ada RM84,000 jadi sebab itu saya letak RM85,000.
‘Tak pernah lebih mileage’
Ayah kepada tiga orang cahaya mata itu memberitahu kereta tersebut tidak pernah melebihi mileage, malah tayarnya pun baru saja dua kali ditukarnya.
Dalam pada itu, Saharul turut memberikan peringatan kepada orang ramai supaya mengambil pengajaran dari kisahnya agar sentiasa berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
Saya dah semak dah memang kereta ini Insya-Allah tak pernah lebih mileage. Ada orang cakap saya pusing meterlah. saya pun tak tahu boleh pusing meter.
Kereta Merc ni memang enjin pun tak pernah kita buka, tak pernah buat apa-apa. Tayar pun ni pun saya tak silap baru dua kali tukar .
Pengajaran daripada ini tuan puan, saya tahu yang dekat luar sana masih ramai orang yang mampu tapi kalau seandainya kita kurang berkemampuan terhadap satu perkara semata-mata untuk kita nak nampak gah ataupun nak dapatkan perhatian daripada orang elakkan sebab benda tuh akan jadi beban pada kita.
Sumber: Instagram