Korang yang lahir era 90 an, pasti pernah tengok filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham kan? Filem yang dibarisi pelakon hebat seperti Aedy Ashraf, Fatin Afeefa, Erin Malek dan Nik Adruce ini pernah menjadi fenomena pada tahun 2006. Antara babak yang paling best dan diingati ramai sudah pasti babak confession yang dibuat oleh pelakon Nik Adruce kepada Erin Malek apabila dia melukis I Love You pada badannya.
Menerusi Twitter Affaaa, gadis ini telah mencabar teman lelakinya untuk melakonkan kembali babak tersebut. Namun, teman lelakinya meletakkan syarat bahawa wanita itu perlu mendapatkan 2k retweet terlebih dahulu sebelum dirinya melakonkan babak itu.
Guys, tolong retweet
Mendapat lebih 6k retweet, lelaki yang dikenali sebagai Dzul terpaksa menyahut cabaran teman wanitanya dengan melakonkan kembali watak ‘Gemuk’ dalam filem Tentang Bulan. Memang sporting habis!
Menyesal sahut cabaran
Siap buat video untuk dia
So sebabkan tweet affa tu dah lebih dari 5k , aku ada buatkan satu video untuk dia …… pic.twitter.com/v3a6VwHAfE
— Jezul (@playhardmore) September 19, 2019
Dzul meniru kembali aksi spontan dalam drama tersebut dengan menunjukkan tulisan ‘I Love You’ yang dicacah di badannya. Video berdurasi 0:34 saat itu berjaya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur mengenangkan kembali babak dalam filem itu.