berita

Saingan Sengit Immortal Songs Minggu Keenam, Haqiem Rusli VS Sharul Kamal

October 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Immortal Songs bagi episod keenam, menampilkan seorang lagi karyawan muzik yang terkenal iaitu Datuk Jeffrydin sebagai karyawan muzik lagenda. Pada episod kali ini, barisan artis tempatan yang telah berentap dan menyahut cabaran mengubah lagu asal Datuk Jeffrydin ialah Haqiem Rusli, Aiman Tino, Floor 88, Kucaimars, Indah Ruhaila dan Sharul Kamal.

Minggu keenam ini menyaksikan saingan yang sangat sengit di antara Haqiem Rusli dan Sharul Kamal dalam merebut gelaran Juara. Dia punya sengit sampai persembahan terakhir!

Saingan sengit

Episod minggu ini menyaksikan saingat yang amat sengit di antara Haqiem Rusli dan Sharul Kamal. Masing-masing berjaya membuat kelainan dalam mengubah lagu asal Datuk Jeffrydin. Haqiem Rusli ketika malam tersebut menyanyikan lagu Kenanganku, manakala Sharul Kamal menyanyikan lagu Seruling Anak Gembala.

Pada malam tersebut, Sharul Kamal berjaya memperoleh markah tertinggi iaitu sebanyak 745 markah meninggalkan Haqiem Rusli yang mendapat 704 markah. Haqiem Rusli mengubah susunan lagu asal Datuk Jeffrydin kepada irama Balada dan R&B manakala Sharul Kamal mengubah susunan lagu asal kepada Rock. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memikat hati juri.

Datuk Jeffrydin pada malam tersebut turut memuji dan kagum akan persembahan mereka berdua yang disifatkan serba baru dan banyak kelainan.

Kedudukan markah penyanyi

Episod keenam ini menyaksikan Sharul Kamal berjaya meraih di tangga pertama dengan meraih sebanyak 745 markah dan sekali gus, meninggalkan penyanyi-penyanyi yang lain. Di tempat kedua diikuti oleh Haqiem Rusli yang memperoleh 704 markah. Bagi tempat ketiga disandang oleh Indah Ruhaila yang menyanyikan lagu Selamat Tinggal Ku Ucapkan dan berjaya meraih 669 markah.

Di tangga keempat dan kelima ialah Floor 88 dan Aiman Tino yang masing-masing telah membawakan lagu Siti Haida dan Termenung, mewakili markah sebanyak 622 markah dan 583 markah. Akhir sekali, Kucaimars yang memperoleh 573 markah dengan menyanyikan lagu Mas Mona.

Sharul Kamal yang mendapat markah tertinggi pada malam itu secara rasminya menjadi Juara bagi episod keenam dan membawa wang tunai sebanyak RM 10,000.

Episod penuh

Buat peminat Immortal Songs, anda juga layak membuat keputusan dengan mengundi pemenang mingguan pilihan peminat  menerusi, Immortal Songs.Setiap satu undian ini membawa makna yang besar untuk artis kegemaran korang.

Jangan lepaskan untuk menonton Immortal Songs pada minggu hadapan pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam yang pastinya menjanjikan lebih banyak kelainan menerusi saluran TV3, Live HD di Tonton dan menerusi platform Youtube TV3 Malaysia.

Sumber: TV3 Malaysia

SKIP THIS AD ×