berita

Saja Nak Buat Jasmin Hamid Marah…

March 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Media sosial seperti Instagram dan Facebook kini menjadi salah satu medium perkongsian foto serta video untuk tatapan orang ramai. Tidak ketinggalan, artis-artis tempatan yang juga kerap kongsikan foto masakan mereka bersama peminat.

Baru-baru ini, pelakon wanita Jasmin Hamid, memuat naik satu foto masakannya di akaun Instagramnya. Namun lain pula jadinya, apabila salah seorang pengikutnya telah samakan masakannya dengan najis.

Kesukaan sahabat-sahabat saya di set

Menerusi akaun Instagram pelakon tersebut, dia telah membawa lauk tempoyak ikan bilis petai ke set penggambarannya kerana disukai sahabat-sahabatnya di set. Dalam perkongsian itu juga, dia membongkarkan rahsia bahawa masakan tersebut turut disertakan selawat dan perasaan yang ikhlas ketika membuatnya.

Jangan sesekali mencela makanan

Namun, pelakon tersebut meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila seorang netizen telah menyamakan makanan itu dengan najis. Katanya, dia memohon peminat sentiasa menjaga adab dan tidak meninggalkan komen yang tidak sepatutnya.

Reaksi netizen

 

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada orang ramai, dan rata-ratanya mengkritik individu tersebut kerana samakan antara makanan dan najis.

Sumber: Jasmin Hamid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×