Enggan lagi berbalah, usahawan kontroversi Nursajat sudah menghentikan sengketa yang berlaku antara dia dengan adik perempuannya, Mustika.
Artikel Berkaitan: Sajat Syukur Bersatu Semula Dengan Anak Selepas Empat Tahun Terpisah, Netizen Tumpang Gembira – ‘Awak Memang Ayah Hebat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menitis Air Mata Sajat Video Call Anak-Anak – ‘Abang Sayang Umi, Adik Tak Nak Umi Nangis’
Sudah berbaik
Menerusi hantaran di Instagram, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, berkata, dia dan Mustika sudah kembali berbaik.
Alhamduillah, buat semua mendoakan saya dan adik saya, mustika. Kami dah berbaik.
Menerusi hantaran sama, Sajat turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.
Terima kasih doakan baik-baik untuk saya dan adik. Sekarang adik saya buat review ikhlas untuk product saya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menumpang gembira dan bersyukur melihat dua adik-beradik itu kembali berbaik.
Terdahulu, perbalahan antara mereka tercetus apabila Mustika mendakwa abangnya itu kaki menipu dan telah menganiaya orang lain.
Malah, mereka berdua juga saling membalas kenyataan di media sosial masing-masing untuk mempertahankan diri.
Sumber: Instagram