berita

Saji Kandungan Yang Lebih Eksklusif & Relevan, Berita TV9 Bersiaran Paling Awal Pada Jam 7 Malam

August 4th, 2021 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Buat penonton TV9, korang jangan terlepas untuk menyaksikan Berita TV9 yang akan bersiaran pada jam 7 malam, setiap hari bermula Ogos ini.

Berita paling awal bersiaran

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak TV9, saluran berita rasmi itu akan menjadi saluran berita dengan waktu perdana paling awal bersiaran di negara ini. Bagaimanapun, TV9 tetap komited menyajikan kandungan yang lebih eksklusif dan relevan beserta garapan berita yang lebih dekat dihati rakyat Malaysia.

Dengan waktu siaran terbaharu ini juga, TV9 akan menampilkan barisan penyampai berita berkaliber yang terdiri daripada Intan Syazwina, Ahmad Barr Zainal Abidin, Mas Zharif Zhafri Abdul Aziz, Nur Affiza Azmi, Zaira Sri Zakaria, Saifulizam dan Shamellya Norazizi. Jadi, pastikan korang terus setia bersama TV9 untuk mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara bermula 7 malam ini!

Untuk mengetahui perkembangan dan info terkini mengenai Covid-19, Olimpik 2020, dan berita-berita mutakhir jangan lupa ikuti TV9 menerusi akaun Facebook dan Twitter.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×