Merasai saat kehilangan seseorang yang kita sayang adalah momen yang sangat pedih apatah lagi, insan tersebut pernah menumpang dalam rahim kita selama sembilan bulan.
Di Facebook, Nurul Atikah berkongsi kisah mengenai pemergian anaknya disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu sempit.
Aku pasrah
Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas pangkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersentak walaupun adik tak sedar. Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni ta ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy. Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku pasrah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kemampuan kita. Maafkan mummy anakku.
Menurut Atikah, anak keduanya iaitu Muhammad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang. Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya. Bercerita mengenai lebih lanjut, Atikah memberitahu bahawa anaknya itu lahir tidak cukup bulan. Jelasnya lagi, anaknya turut mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit. Hanya doa dan keajaiban yang mampu diharapkan oleh Atikah sepanjang anaknya berada di hospital.
Mummy harap doktor cakap tipu
Mummy harap apa doktor cakap semua tipu yusuf tak kritikal. Mummy nak peluk Yusuf rindu sangat. Mummy nak anak mummy balik. Nak anak mumy sihat. Minta semua doakan malaikat kecilku. Dari Bagan specialist adik kena tukar ke Island Hospital bila keaadan adik makin kritikal adik trus masuk icu Hospital Pulau Pinang. MuMmy abah masuk tengok adik. Panggil adik. Walaupun doktor bagi ubat tidur adik dengar mummy dan abah panggil adik. Kuatnyaa adik sayang sekuat nama adik. Bagi yang tanya kenapa Yusuf masuk icu, saluran pernafasan yusuf terlalu sempit dan ada lagi sebab lain berkenan dengan saluran pernafasan dia. Buat masa sekarang doktor kata Yusuf kritikal tapi mummy tak percaya cakap doktor sebab mummy percaya anak mummy kuat. Comel sangat Yusuf tadi bersih putih sangat adik. Doktor cakap mummy dan abah kena bersedia dengan keadaan adik macam ni.
Sebelum ini, Atikah turut memaklumkan yang anaknya itu telah ditukar-tukarkan ke pelbagai hospital sebelum di bawa ke Hospital Pulau Pinang. Jelasnya lagi, doktor turut memintanya dan suami agar bersedia dengan keadaan anaknya pada masa tersebut.
Sumber: Nurul Atikah