Seorang individu menyindir isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh yang kini sudah berbaik dengan suaminya.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Tegur Netizen – ‘Ada Butang Unfollow & Block, Bagi Yang Tak Suka Lihat Saya Kembali Kepada Suami’
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Fara Salleh ‘Healing’ Di Makkah, Netizen Puji Usaha Selamatkan Rumah Tangga – ‘Belajar Dari Kesilapan’
‘Tak jadi cerai?’
Menerusi satu komen yang ditinggalkan di Instagram, individu tersebut mengajukan pertanyaan kepada Fara berhubung kenyataannya yang sebelum ini ingin diceraikan.
Eh tak jadi cerai suami awak ke? Bukan hari itu kata nak cerai?
Tidak berdiam diri, Fara membidas komen tersebut dengan menyifatkan individu terbabit sebagai toksik.
Malah, Fara meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah menyelamatkan rumah tangganya.
Sakit hati ya tengok kami jadi cerai? Sakit hati tengok kami bahagia? Alhamdulillah Allah maha baik.
Terdahulu, Fara meminta mana-mana wargamaya yang kurang senang melihat dia dan Shuk berbaik untuk menekan butang ‘unfollow’.
Sebelum ini, Fara ada memuat naik hantaran di platform X dengan mengatakan dia menyesal berkahwin dengan Shuk dan minta diceraikan.
Tidak lama kemudian, pasangan itu dilihat memuat naik gambar di Makkah sekali gus membawa maksud hubungan mereka dalam keadaan baik.
Sumber: Instagram