berita

Sakit Kepala Bila Duduk Rumah? Ha, Ini Perkara Yang Boleh Buat Korang Rasa Lega!

October 1st, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Sejak negara dilanda wabak Covid-19 tahun lalu, ramai yang dah pening kepala bila terlalu lama berkurung. Yelah mana taknya, ada yang bekerja dari rumah, anak pula kelas online. Tambah lagi kalau yang ada masalah internet tu, memang susah lah kan sebab boleh menganggu kerja korang. Lagi pening dibuatnya!

Mak-mak pula ada yang nak buat kerja rumah dan fikir menu nak masak lagi. Sampai otak pun dah tepu nak siapkan hidangan apa untuk keluarga. Boleh dikatakan hampir setiap hari nak kena fikir benda-benda macam ni… Adoi sakit kepala betul lah!

Tapi nak buat macam mana, nak taknak korang kena juga menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu ni kan? Kalau macam tu takpe, apa kata korang ikut je idea yang admin share kat bawah ni…

Kena sentiasa positif & kuatkan mental bila dekat rumah tu!

Walaupun keadaan pandemik sekarang sangat mencabar buat semua, namun apa yang korang perlu buat adalah sentiasa kekal positif dan kuatkan mental dalam mengatasi wabak yang mengganas ini.

Paling penting, korang juga kena bantu negara dalam mencapai imuniti kelompok dimana korang perlu mengambil vaksin untuk melindungi diri dan orang sekeliling. Ini salah satu tanggungjawab penting yang korang perlu buat tau!

Buat masa sekarang memang rasa tertekan sangat sebab kena duduk rumah je, tapi jangan risau korang boleh  layan komedi Jenaka Kampung Kalut setiap hari Jumaat, 10 malam di TV3, dan bergelak ketawa lah dengan Pak Din, Lola, Pak Kodi dan lain-lain.

Ha..musim ketujuh ni, sempena kempen UphamolJKK, ia agak berbeza sikit, pelawak-pelawak Jawatankuasa Kampung Kalut sakit kepala pula dengan isu-isu norma baharu yang terkini. Korang jangan lupa tengok tau, bolehlah buat hilang bosan korang kat rumah tu!

Kumpul dana & sumbang PPE kepada frontliners melalui Uphamol CSR Filter!

Macam yang korang tahu, pejuang-pejuang negara terutama petugas barisan hadapan di hospital telah bertungkus lumus dalam menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 sejak 18 bulan yang lalu.

Kalau korang dah cukup pening dengan masalah masing-masing, jangan lupa bahawa petugas barisan hadapan ini lagi letih dan pening dengan situasi sekarang dimana kadar penghuni di hospital masih tinggi. 

Ini sangat membimbangkan kerana mereka telah terdedah dengan keselamatan serta kesejahteraan diri sendiri termasuk ahli keluarga terdekat, namun begitu, mereka tetap juga memberikan khidmat yang baik untuk kita semua.

Oleh itu, bagi menyokong inisiatif kepada mereka, korang bantulah mereka dengan mengambil vaksin dengan segera dan juga mendorong orang di sekitar korang untuk mengikuti Program Vaksinasi Nasional serta ikutlah SOP yang dah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Selain itu, korang juga boleh hulurkan bantuan kepada frontliners ni dengan menyertai kempen CSR yag dianjurkan oleh Uphamol. Ha…sempena kempen ni, #UphamolJKK nak ajak korang dalam mengumpul dana bagi membeli PPE untuk barisan hadapan agar mereka selamat dari jangkitan.

Nak tau macam mana nak join, ha tak payah pening kepala, korang ikut je steps dekat bawah ni: 

  1. Muat turun filter program tanggungjawab korporat Uphamol di Instagram Uphamol_official.
  2. Muat naik gambar korang  bersama filter tersebut di Instagram.
  3. Sertakan hashtag #UphamolJKK diikuti #Sayatelahdivaksinasi dan #Kitajagakita.
  4. Patikan profil korang diset kepada mod “public” dari permulaaan tempoh sehingga tamat Program tanggungjawab sosial korporat Uphamol ini.
  5. Setiap post #UphamolJKK, RM5 akan diderma kepada hospital oleh pihak Uphamol untuk membeli bekalan PPE.
  6. Jumlah wang yang dikumpul akan disalurkan kepada pihak hospital selepas tamat Program tanggungjawab sosial korporat Uphamol pada 10 Disember 2021.

Tunggu apa lagi? Jomlah join kempen sempena Uphamol Jenaka Kampung Kalut ni!

Macam best je kan? Main filter dekat Instagram je dah boleh bantu orang. Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Jangan lupa sertai kempen sempena UphamolJKK ni tau!

Marilah kita bersatu sebagai Keluarga Malaysia dalam menghulurkan bantuan kepada Program Pendermaan PPE untuk menangani wabak Covid-19 di negara. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari lamn web mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×