Semalam, saksi pendakwaan kelapan iaitu Suhana Zam mendedahkan bahawa remaja Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella, disuap sepinggan nasi goreng dengan jumlah cili yang banyak secara paksa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
Artikel berkaitan: Saksi Dakwa Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Dengan Jumlah Cili Yang Banyak
Artikel berkaitan : Rumah Bonda Saman JKM WPKL, Mohon Kebenaran Beroperasi Semula
Artikel berkaitan : Saksi Setuju Bella Melecur Kena Air Termos, Bukan Penapis Air
Artikel berkaitan : Rakan Baik Siti Bainun Dedah Bella Pernah Beritahu Dicili & Dijirus Dengan Air Panas
Terbaru, seorang lagi saksi memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa Siti Bainun pernah menjerit dengan nada marah apabila ada individu yang memberikan air kepada remaja tersebut.
Bella suka kencing
Menurut Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, selepas mengetahui Haiza yang juga kakak angkatnya memberikan air kepada Bella, Siti Bainun terus merendahkan nada suaranya pada kejadian 14 Jun 2021.
Ketika itu Yasmin (Yasmin Nahar Mahmood iaitu saksi pendakwaan kelima) pergi ke arah Bainun dan memberitahu ada orang bagi air kepada Bella. Tiba-tiba Bainun jerit sangat kuat dan bertanya, siapa bagi kepada Bella dengan nada marah. Saya dan beberapa penghuni kondominium lain sangat terkejut.
Kemudian Kak Haiza beritahu dia yang memberi air kepada Bella. Kak Haiza kemudian bertanya apa masalahnya dan Siti Bainun kemudian menjawab ‘oh akak ke yang bagi, bukan apa Bella ini kalau minum dia suka kencing. Kak Haiza kemudian menjawab memang lah kalau minum akan kencing.
Ketika sesi soal balas bersama peguam Mohammad Farhan Maaruf berhubung kelibat yang dilihat pada tengah malam di tepi peti sejuk ketika Suhana membuat kerja-kerja pejabat di kondominium, saksi itu berkata kelibat tersebut adalah Bella dan bukannya hantu.
Tak takut
Ditanya peguam itu sama ada beliau tidak takut melihat susuk tubuh berdiri di hadapan peti sejuk dalam keadaan tidak bergerak pada waktu tengah malam, saksi pendakwaan kelapan itu menjawab “tidak takut”. Di samping itu, peguam pemerhati kes Bella mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang dilihat ‘tidak harmoni’ dalam perbicaraan kes remaja sindrom down itu.
Menurut Datuk Khairul Anwar Rahmat, antara perkara yang dibangkitkan adalah ketidakhadiran kali kedua Bella bagi sesi pengecaman di Mahkamah Sesyen, semalam. Tambah beliau, pihaknya tidak dimaklumkan pihak pendakwaan lebih awal mengenai ketidakhadiran Bella.
Jika benar Bella tidak sihat, mungkin pihak pendakwaan boleh maklumkan lebih awal kepada pasukan pemerhati dan peguam bela. Pasukan peguam pemerhati akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk pihak pendakwaan memberikan penjelasan lanjut.
Ujar Khairul, pihaknya dimaklumkan mengenai Bella tidak sihat semalam. Perkara itu menimbulkan rasa curiga sedangkan remaja terbabit sihat dalam sesi pertemuan di pusat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), baru-baru ini.
Sumber: Harian Metro