berita

Saksi Ketujuh Dedah PU Azman Minta Seks Oral Sehingga….

July 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

PU Azman

Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu yang tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.

Wanita berusia 46 tahun yang merupakan bekas guru dan ustazah kepada mangsa berkata, perkara itu diceritakan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan dalam satu pertemuan tahun lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa

Artikel Berkaitan: ‘PU Azman Suruh Anak Saya Ambil Minyak & Sapukan Di Bahagian Kemaluannya..’ – Ibu Mangsa

Artikel Berkaitan:Saksi Dakwa PU Azman Minta Mangsa Cium, Buat Seks Oral

Hisap kemaluan

PU Azman

Seingat saya apa yang mangsa cerita pada saya, PU Azman yang meminta menghisap kemaluan mangsa sehingga mangsa mengeluarkan air maninya.

Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen, semalam.

Menurut bekas guru itu lagi, dia juga lebih mempercayai mangsa berbanding PU Azman. Ini kerana, mangsa tidak pandai berbohong dengan gurunya dan yakin apa yang diceritakannya adalah betul.

Disebabkan itu kata wanita berkenaan, dia rasa bertanggungjawab untuk mengambil berat kes berkenaan memandangkan dia yang memperkenalkan mangsa dengan tertuduh.

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan yang anaknya turut menjadi mangsa tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya.

Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara tapi anak saya beritahu tentang kejadian seksual berlaku dan mendesak saya balik.

Pada mulanya saya tak percaya apa dikatakan oleh anak saya dan pada masa sama tidak percaya juga yang PU Azman akan melakukan perkara itu.

Bagaimanapun kata saksi itu, berbanding PU Azman, dia lebih mempercayai anaknya dan disebabkan itu membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah. Malah katanya, anaknya juga memberitahu yang rakannya lagi teruk menjadi mangsa seksual tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×