Fuh! Sedangkan berkereta pun sudah dikira jauh, maka tidaklah sanggup rasanya mahu merentas 4 negeri iaitu Penang, Kuantan, Melaka dan Johor dengan hanya berbasikal.
Namun, cabaran yang dianggap mustahil itu telah disahut oleh Baki Zainal dan Rickman Chia dalam sebuah program realiti terbaru berjudul Let’s Cycle.
Menempuhi pelbagai dugaan sepanjang cabaran 31 hari yang bermula pada 1 April sehingga 1 Mei yang lalu, mereka berdua telah berjaya menamatkan perjalanan sejauh 1918km! Standing Ovation!
Semangat ‘setiakawan’ antara Baki dan Rickman
Kalau nak tahu, misi mereka bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan hidup sihat, malah mahu memupuk semangat ‘go green’ di kalangan rakyat Malaysia.
Di setiap touch point, Baki dan Rickman dikehendaki untuk menyelesaikan beberapa tugasan yang melibatkan alam sekitar seperti kitar semula, pembersihan pantai, menanam pokok dan tidak ketinggalan menaja 30 buah basikal untuk kanak-kanak sekolah.
Bagaimanapun, dalam pada keghairahan mereka mengejar misi tersebut, Baki telah mengalami kecederaan tulang selangka dan terpaksa dihantar ke pusat kesihatan dengan segera untuk pemeriksaan.
Namun, dek kerana azam yang tinggi dan dorongan daripada Rickman yang tidak putus asa memberikan semangat, Baki tetap meneruskan pengembaraannya sehingga ke garis penamat.
Menarik bukan? Jangan lupa untuk saksikan Let’s Cycle bermula pada 1 Jun setiap hari Ahad jam 10.00 malam di 8TV.