berita

Saksikan Gandingan Amyra Rosli & Izzue Islam, Dalam Kari Ayam Mama Di TV9

November 22nd, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

TV9 membawakan sebuah telefilem romantik yang bertajuk Kari Ayam Mama. Telefilem ini akan ditayangkan di TV9 bermula 23 November ini, jam 9.30 malam dan ulangannya di TV3 mulai 5 Disember.

Mula gaduh sebab pokok daun kari

Kari Ayam Mama mengisahkan mengenai Nia dan jiran barunya Rash. Nia seringkali bergaduh dengan jiran barunya itu dan semuanya bermula dengan kehilangan pokok daun kari miliknya.

Nia yang merupakan seorang beautician (pakar kecantikan) sentiasa menjaga penampilan dirinya dan sering mendapat perhatian. Namun, Nia tidak boleh menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya. Tetapi kehadiran Rash telah mengubah perasaan Nia.

Nia yang semakin terpikat dengan Rash mula mempelajari masakan kari dari jiran Indianya bernama Malar. Hasil resepi kari melayu dan resepi india terhasilnya ‘Kari’ yang berjaya memikat hati Rash. Pengakhiran kisah ini penonton akan mengetahui semuanya telah dirancang oleh Jenny, teman baik Nia yang mahu menjodohkan Nia dengan Rash.

Ada Amyra Rosli & Izzue Islam

 

Jangan lupa saksikan telefilem Kari Ayam Mama lakonan Amyra Rosli dan Izzue Islam mulai Selasa, 23 November, jam 9.30 malam di TV9.

SKIP THIS AD ×