berita

Salina Saibi Tak Sabar Nak Balik Beraya Di Kampung, Rindu Momen Berkumpul & Tidur Beramai-Ramai Di Ruang Tamu

April 8th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Salina Saibi mengakui tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Contohi Orang Lama Yang Amalkan Cara Natural Untuk Jaga Kecantikan’ – Salina Saibi

Salina tak sabar balik beraya di kampung

Ketika ditemui OhBulan!, Salina memberitahu dia bercuti selama 3 hari dan akan pulang beraya di kampung neneknya yang terletak di Kampung Gajah, Perak.

Saya beraya di Kampung Gajah, Perak. Saya akan berada di kampung selama 3 hari dua malam. Selepas itu, kalau persediaan tu macam biasalah. Kami akan masak beramai-ramai, tidur beramai-ramai dengan adik beradik. Itu yang kami tak sabar dan memang nantikan.

Ujar pelakon berusia 42 tahun itu lagi, dia akui rindu untuk merasai momen-momen hari raya termasuk berkumpul bersama seluruh keluarga dan saudara mara.

Rumah nenek besar tapi tak banyak bilik. Jadi kami yang balik kampung ni akan tidur beramai-ramai di ruang tamu. Kalau waktu mandi pun sama, memang akan ambil giliran sebab ramai kan. Suasana raya kami memang style kampung.

Terdahulu, Salina menolak dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan cantik. Sebaliknya menjelaskan bahawa dia mengamalkan cara semula jadi untuk menjaga penampilan tanpa membabitkan prosedur melampau.

SKIP THIS AD ×