berita

Saling ‘Follow’ Di Instagram, Sharnaaz Ahmad Pilih Pramugari Sebagai Kekasih?

September 9th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi topik bualan warganet di media sosial selepas tular foto berdua dengan seorang wanita di aplikasi TikTok.

Artikel Berkaitan: Wanita Tudung Labuh Suruh Kahwin Balik Dengan Noor Nabila, Ini Respon Sharnaaz Ahmad

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad Sebak Hantar Jebat Jayden Pergi Tadika, Rasa Cepat Masa Bergerak

Jangan tag dia

@diyya.eqa Jangan tag dia #fyp #fyp? #cabincrew #flightattendent #aircrew #stewardess #batikair ? ???????????? – chinese

Menerusi akaun @Diyya.eqa, wanita itu memuat naik foto bersama Sharnaaz ketika berada dalam sebuah kapal terbang.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang pramugari apabila dilihat memakai busana kebaya sebuah syarikat penerbangan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian dengan mendakwa wanita itu adalah kekasih kepada aktor berumur 37 tahun.

Malah, ada yang mengaitkan dengan video Jebat Jayden kantoikan pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ketika ditanya soalan ‘Baba ada girlfriend ke?’

Follow di Instagram

Hasil pemerhatian OhBulan!, wanita terbabit dan pelakon drama I Promise Janji Anaqi saling mengikuti (follow) di Instagram (IG).

Untuk rekod, Sharnaaz dan usahawan, Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

Sumber: TikTok @diyya.eqa

SKIP THIS AD ×