Pelakon Sharnaaz Ahmad berasa sebak ketika menghantar anak lelakinya, Jebat Jayden ke ‘Children’s Discovery House’ pada pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: Netizen Nak Rembat Kepala Jebat Jayden, Sharnaaz Ahmad Respon – ‘Spender Pun Mak Beli ..’
Aku yang sebak
Ketika dihubungi OhBulan!, Sharnaaz, 37, menyatakan dia sudah memahami perasaan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah.
Jebat okey, semua okey, cuma bila dalam pukul 11 macamtu dia dah nak balik. Dia kata dia nak sleep dekat rumah dengan mummy (Nabila).
Rasa kejap saja masa berjalan. Dulu bila tengok orang komen, sebak hantar anak ke sekolah kita tak faham. Sekarang baru faham.
Rasa dia akan cepat membesar dan akan cari kehidupan sendiri dah selepas ini. Dengan kawan-kawan, dengan awek (teman wanita).
Tunggu anak luar sekolah
View this post on Instagram
Semalam, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkongsi momen Jebat yang teruja untuk pergi ke tadika buat pertama kalinya di Instagram (IG).
Dalam rakaman video itu turut kelihatan Noor Nabila yang bersama menemani anak kesayangan.
Untuk rekod, Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad