berita

Saling Merindu, Jejaka Sado Teman Istimewa Ameera Khan? – ‘Awak Wanita Tercantik Di Dunia’

June 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Adik kepada usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dia berkongsi perbualan ‘mesra’ bersama seorang lelaki.

Jejaka mana yang rindu Ameera?

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) memaparkan seorang individu ada menghantar pesanan ringkas kepada Ameera sambil meluahkan rasa rindunya terhadap gadis itu.

Bukan itu sahaja, individu terbabit turut meminta kebenaran untuk melihat wajah cantik Ameera. Ameera juga sempat meluahkan rasa rindu dan turut menghantar dua fotonya kepada individu terbabit.

Awak adalah gadis tercantij di dunia.

Akan tetapi, Ameera tidak mendedahkan siapakah pengirim mesej mesra terbabit tetapi berdasarkan hantaran tersebut, Ameera dilihat menyimpan nombor di kenalan menggunakan emoji ‘love’ dan huruf A sahaja yang merujuk kepada si pengirim. Meskipun gambar individu terbabit ‘disembunyikan’ Ameera tetapi dapat dilihat individu terbabit memiliki badan sasa berdasarkan bayangan profile picture yang digunakannya.

Siapa tu?

Sumber: Ameera Khan

SKIP THIS AD ×