Diumumkan sebagai salah seorang bintang yang akan membuat persembahan di konsert A Night With Sumandak Stars, penyanyi Salma Asis mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur konflik dalaman membabitkan acara tersebut.
Artikel Berkaitan: Duo Sepupu Ayie, Salma Juara Minggu Kedua FD4! Dapat Markah Penuh & Standing Ovation Daripada Juri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Tegaskan Yazmin Aziz Undur Diri FD4 Bukan Sebab Bergaduh, Produksi Terima Baik Thamiera Sebagai Pengganti
Tak ambil peduli
Kata Salma atau nama sebenar Salma Andi Asis, 34, dia hanya menjalankan amanah yang diberikan untuk menghiburkan penonton di konsert berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 30 November ini.
Saya dimaklumkan untuk menjadi salah seorang penyanyi di konsert Sumandak Stars selepas Stacy menarik diri.
Tetapi saya tidak ambil tahu sangat fasal isu itu. Saya tidak masuk campur, kerana bagi saya kalau ada rezeki yang datang saya ambil.
Saya hanya menjalakan tanggungjawab saya sebagai penyanyi untuk melakukan persembahan. Soal kontroversi membabitkan konsert itu saya tidak ambil peduli.
Saya profesional, saya dibayar untuk bekerja. Saya lakukan tugas saya sebaiknya.
Salma berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media usai konsert minggu kedua Famili Duo 4 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada Ahad.
Teruja bersama Sabahan
Berkongsi mengenai perasaan, pelantun lagu Aku Permataku ini mengakui sangat teruja untuk memeriahkan konsert tersebut.
Saya sangat teruja untuk menjayakan konsert ini kerana semua penyanyi berasal dari Sabah, kami semua Sabahan. Tidak sabar untuk konsert itu.
Terdahulu, penyanyi Stacy mengumumkan menarik diri daripada terlibat dengan konsert A Night With Sumandak Stars kerana pihak penganjur tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkanya.
Selain itu, rekaan poster yang memaparkan wajah Bella Astillah berada di bahagian tengah juga dikatakan antara punca juara Akademi Fantasia 6 itu mengundur diri.
Konsert A Night With Sumandak Stars yang akan berlangsung pada 30 November ini di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie, Bella Astillah, Didi Astillah, Azharina, Ayu Damit dan Salma Asis.