berita

Saman Dapat, Pahala Pun Dapat…

March 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Polis Daerah Tanah Merah

Diarah solat Maghrib sebelum mengikuti kuliah, sekumpulan remaja di Tanah Merah, Kelantan pasti akan mengingati ‘peristiwa’ ditangkap pihak polis ini sampai bila-bila.

11 pesalah trafik

Foto: Polis Daerah Tanah Merah

Lapor Harian Metro, seramai 11 pesalah jalan raya ‘dikerah’ untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Tidak berakhir di situ, pesalah trafik ini juga perlu mengikuti kelas tazkirah selepas ditahan oleh pihak polis semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun, ditahan susulan Ops Khas Kesalahan (bunyi bising).

Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.

30 saman dikeluarkan

Foto: Polis Daerah Tanah Merah

Hasil operasi tersebut, pihak polis mengeluarkan sebanyak 30 saman membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya terutamanya mereka yang tidak memakai topi keledar.

Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami. Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Sumber: Harian Metro & Polis Daerah Tanah Merah

SKIP THIS AD ×