berita

‘Sambil Tengok, Sambil Menyumpah’ – Bidadari Salju Dah Tamat, Netizen ‘Lega’ Tak Perlu Sakit Hati Lagi

January 22nd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Selepas bersiaran selama 28 episod, drama Salju Bidadari yang ditayangkan di Slot Akasia TV3 telah pun melabuhkan tirai semalam dengan pengakhiran kisah Kayra lakonan Sweet Qismina dan Hariz lakonan Adam Lee menemui bahagia mereka.

Namun, segelintir netizen masih tidak puas hati dengan jalan cerita drama ini yang dikatakan tidak masuk akal. Malah ada mengkritik lakonan-lakonan dibawakan pelakon utama agak ‘kayu’.

Sinopsis drama

Drama ini mengisahkan Kayra yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz, pelajar seniornya selalu mencari fasal dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri gadis ini sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya.  Siapa sangka rupa-rupanya Hariz ada hati terhadap Kayra dan mereka berkahwin.

Respon lawak netizen

Ramai yang kata cerita ni cerita bo** la, cerita sampah la. Macam-macam komen ada. Bagi saya orang yang bagi kata-kata kesat macam tu. Dia tak tengok pon cerita ni dari awal. Dia tak teliti dan fahami cerita ni dari awal. Saya salah sorang penonton yang layan cerita ni dari episod satu. Pada pendapat saya, cerita ni memang b***. Sekian.

Di Facebook, seorang individu meluahkan perasan geram dengan jalan cerita drama ini yang dianggap merepek. Rata-rata setuju dan terhibur dengan statusnya. Malah, di ruangan komen turut dibanjiri dengan luahan perasaan yang tidak puas hati dengan jalan cerita drama itu. Walaupun geram merepek, tetapi ramai juga tonton sampai habis episod.

4 bulan cerai baru perasan mengandung

Baru mengandung 3 bulan, bayi dah boleh tendang

Jenny tak bersalin lebih setahun

Sumber : Siti Mariam Zainon

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×