Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semalam telah menyambut ulang tahun ke-7 perkahwinan. Ramai yang tidak tahu sebelum ini Lee Chong Wei ‘berhutang’ percutian bulan madu dengan isteri kerana terlalu sibuk dengan latihan dan perlawanan badminton.
Terbaru, Lee Chong Wei menerusi Instagram memberi ucapan romantis buat isteri. Tak sangka sweet juga Lee Chong Wei ni rupanya!
Malu sangat nak minta no telefon
There @wongmewchoo
There was a time. A long time ago. She was there. Sometimes looking at me. Sometimes ignoring me. A naive me was too shy to ask for her phone number, too stupid to know a gal’s mind.
As dumb as I may be, one of my teammates is dumber. He told me to pluck rose petals to see if she liked me. I said I didn’t have the money. He said pluck shuttlecock feathers. I followed. Baru I tahu shuttlecock 16 feathers
More than 16 years later, she is now the mother of my two beautiful sons. Happy 7th wedding anniversary my wife. I’m the luckiest guy on earth when you agreed to be my wife. Sorry for not being with you now due to work commitment.
People said I’m lucky to have won many titles. But to me, I feel luckiest to have won your heart.
Saya petik bulu tangkis untuk tahu
Satu masa dahulu, dia ada di sana. Kadang-kadang melihat ke arah saya, kadang-kadang tidak mengendahkan saya. Saya yang naif terlalu malu untuk minta nombor telefon. Terlalu bodoh untuk membaca fikiran wanita.
Saya mungkin bingung, tapi salah seorang rakan sepasukan saya lagi bingung. Dia suruh saya memetik kelopak bunga rose untuk mengetahui sama ada ‘dia’ menyukai saya. Saya cakap saya tak ada duit. Dia suruh saya petik bulu tangkis. Baru saya tahu bahawa bulu tangkis ada 16 bulu.
16 tahun kemudian, dia adalah ibu kepada dua anak lelaki saya yang comel. Selamat ulangtahun ke 7 sayangku. Saya orang yang paling bertuah di dunia kerana berjaya memiliki awak. Saya mohon maaf kerana tidak berada di samping awak ekoran komitmen kepada kerjaya.
Orang cakap, saya bertuah sebab menang banyak trofi. Tapi pada saya, saya bertuah kerana telah memenangi hati awak.
Sumber : Lee Chong Wei