berita

Sambut Ulangtahun Suami Ke-31, Fouziah Gous Bawa Suami Jalan-Jalan Di Melaka

March 28th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

fouziah gous

Selamat diijabkabulkan pada 21 September 2013 tahun lalu di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pasangan ini nampaknya masih tidak lekang untuk menunjukkan kasih sayang mereka antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan: Foto (Hi-Res) Majlis Pernikahan Fouziah Gous & Zhafran

Mana taknya, ada sahaja foto mesra disertai dengan caption romantis yang dimuat naik oleh pelakon cantik ini di laman Instagramnya.

Terkini, bersempena dengan hari lahir suaminya yang ke-31 tahun semalam, Fouziah Gous dan Zhafran dilihat telah mengambil kesempatan tersebut untuk bercuti di Melaka.

Screen Shot 2014-03-27 at 4.53.00 PM

Antara foto yang dimuat naik oleh Fouziah Gous di laman Instagramnya

Di laman Instagramnya juga, Fouziah sempat bertanyakan kepada peminat tentang cadangan tempat makan yang paling menarik di negeri bersejarah itu.

Seperti kebanyakan pasangan lain juga, sebiji kek yang tertulis ‘Happy Birthday Sayang’ telah dihadiahkan kepada suaminya yang digelar sebagai ‘My Twin’ itu.

fouziah & suami

Kek hari lahir yang dihadiahkan buat suami tercinta

Happy birthday sayang. Semoga sentiasa di bawah RahmatNYA. When mama 31 dia dapat sayang but now i dapat u bila 31. Not going to type long here coz m gonna spent my quality time with you. . Hope u enjoy the treats n gift sayang. I love you more than u imagine. #deepdeepdeep #yeeerrrfffvvveee #zhafou #zhafou31

Para peminat turut menyatakan rasa gembira melihat kebahagiaan pasangan ini dan mendoakan agar mereka akan dikurniakan cahaya mata yang comel kelak.

Nampaknya, di samping meraikan ulangtahun suami tersayang, dapat juga Fouziah Gous menggunakan percutian pendek ini untuk berehat seketika daripada kerjayanya yang dilihat semakin berkembang.

Anda mahu lihat lagi foto romantis mereka? Jom tengok galeri di bawah!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×