berita

Sambut Ulangtahun Ustaz, Abby Abadi Akui Ada Perasaan Sayang

September 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-28 at 4.24.38 PM

Sedang media sibuk memberikan perhatian mengenai kes Abby Abadi dengan bekas suaminya, Farhan,  gosip mengenai Abby sudah punya teman pengganti masih lagi kedengaran.

Ala.. takkan dah lupa kot? Mula-mula kontroversi ini tercetus apabila Abby sendiri memuat naik foto dan caption romantis buat Ustaz bernama Khairul Azli tu.

Artikel Berkaitan: Kalau Ustaz Ini Bakal Jodoh Baru Abby Abadi, Memang Handsome Orangnya!

Terkini, Abby dilihat meraikan ulangtahun jejaka tersebut dan mengakui bahawa memang ada perasaan sayang dalam hatinya. Katanya dah 4 tahun kenal!

Screen Shot 2014-09-28 at 4.27.30 PM

“‘KAMI KAWAN BIASA’ Yerrr… kami kawan biasa tp dia punya tempat istimewa di hati Sy…. kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat Sy memerlukan teman bicara.

Sejujurnya Sy mmg sayangkan En @khairul_azli ini sbb kami kawan lama.. dr zaman lagha, sy berhijrah… (rasanya dia pun hijrah sekali hehe) sampai Sy berkahwin hinggalah Sy bercerai…. dia tak pernah takde bila Sy perlukan…..

Baiknya lah dia, tak pernah berburuk sangka pd Sy sehingga Sy rasa bersalah sangat2 sebab…………. (episod ni rahsia.. hehe.. Kalau ALLAH izinkan satu hari nnti Sy kongsikan k)”

Screen Shot 2014-09-28 at 4.26.54 PM

Antara foto Ustaz Khairul Azli yang dikongsi oleh Abby Abadi

Bagaimanapun, mungkin memikirkan akan ada komen-komen negatif yang menilai perhubungan Abby dengan Ustaz tersebut, Abby lantas menjawab tuduhan tersebut dalam caption foto yang sama. Katanya;

“Di mana silapnya ya kalau Sy meraikan Hari Jadi dia? Sy ada menganggu siapa2 ke utk mengembirakan hati teman Sy ni? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan..

sekurang2 kalau Sy dah tiada nanti, adalah kenangan utk dia… Kenapa mesti berprasangka yg tak sudah2 ya? Orang lain pun ada je kawan lelaki…. siap2 berpeluk sakan lagi..

tp kami tak sbb kami takut ALLAH. Sy dah jelaskan dah ini bukan bf baru Sy…. tp kalau berjodoh dgn diaaa.. ALLAH Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA k….

tp di saat Sy menulis ttg ini, Kami berstatus kawan sahaja…. 4tahun dah kenal dia. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dpt menutup prasangka yg bukan2 dr pemenat2 Sy k hehe… Doakan yg baik2. Jangan bercakap & menulis perkara2 yg diluar pengetahuan k.. Dosa wak.. nanti mati seksaaa.”

Jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Kita ni bolehlah nak buat planning itu dan ini. Tetapi semuanya telah ditetapkan pun.

Jadi, sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan Abby dan anak-anaknya. Tiada seorang wanita pun mahu bergelar janda disebabkan perceraian kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×