berita

Sambutan Gemilang Bersama Ratusan Wajah Popular Percaya Pada Keajaiban Serum NIVEA LUMINOUS630! #TrustMeItWorks

November 22nd, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Baru-baru ini NIVEA telah menganjurkan malam sambutan bersama selebriti tempatan dan peminat NIVEA LUMINOUS630 bersempena Bulan Kesihatan Kulit Kebangsaan.

Jenama penjagaan kulit No.1 di dunia ini telah mendapat kepercayaan dan keyakinan ratusan rakyat Malaysia kerana terbukti berkesan setelah diuji serta menjadi penyelesaian bagi bintik hitam dan pelbagai masalah kulit lain.

Sambutan ini juga bagi menghargai semua pengguna NIVEA dan meraikan usaha mereka sendiri ke arah kehidupan sihat, muda dan berseri sepanjang hayat.

Dua serum terbaru rangkaian revolusi LUMINIOUS630

Setelah kejayaan inovasi terobosan mereka memerangi bintik hitam, NIVEA membina legasi LUMINOUS630 dengan menambah lagi dua jenis serum di dalam rangkaian revolusi LUMINOUS630.

Serum terbaru mereka adalah NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer dan NIVEA LUMINOUS630 Post-Acne Marks Gel-Like Serum.

Dua serum penyelesaian anti-bintik hitam ini merupakan kejayaan yang dilancarkan pada tahun 2020 di atas revolusi NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum.

Apa kata pengguna NIVEA LUMINOUS630?

Menurut pelakon Yana Samsudin, “NIVEA LUMINOUS630 merupakan rutin penjagaan kulit yang penting bagi saya setelah menggunakannya selama satu tahun. Ia banyak membantu mengurangkan masalah bintik hitam saya. 

“Baru-baru ini, saya diberi peluang untuk mencuba LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer, ia bukan sahaja memberikan kulit wajah saya bersih tetapi mengurangkan kedutan. Saya baru sahaja menggunakannya selama 2 minggu dan dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit wajah saya. Ianya berkesan terutamanya pada kedutan disekitar garisan senyuman saya yang semakin berkurang,” tambahnya.

Personaliti media sosial, Ms. Kuan juga berkongsi pengalaman beliau,

“Kerana faktor kerja, kulit saya sentiasa terdedah kepada cahaya matahari dan UV. Jadi saya mula mencari penyelesaian untuk mencegah dan mengurangkan bintik hitam sambil memperbaiki kulit saya. Jadi apabila saya mengetahui tentang NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum, saya sangat kagum dengan bahan yang digunakan dalam Serum Anti-Bintik Hitam No. 1 Dunia ini yang dikuasakan oleh LUMINOUS630.

“Ianya terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal yang lain di pasaran yang boleh menghilangkan bintik hitam dalam masa 2 minggu. Saya telah mencuba formula yang dipertingkatkan ini hampir sebulan, dan saya gembira kerana ia memberikan kesan kulit yang bersih dan muda remaja dari luar dan dalam. Jurusolek saya juga memuji kulit saya yang berseri walaupun dengan solekan yang minima,” katanya.

Terdapat juga sesi perkongsian pakar dari Dr Shazril Shaharuddin yang menerangkan kebaikan bahan terobosan LUMINOUS630 yang telah disahkan oleh Institut Dermatologi untuk menangani semua jenis bintik hitam dan pelbagai masalah kulit.

Turut hadir pada majlis ini adalah artis Hong Kong, Natalie Tong dan juga pempengaruh kecantikan seperti Emma Maembong, Elizad Sharifuddin, As’ad Motawh, Sazzy Falak, Syatilla Melvin dan Mayho, yang merupakan pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630.

Ribuan rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri kehebatan NIVEA LUMINOUS630. Bagaimana dengan korang?

Rasai sendiri pengalaman keberkesanan NIVEA LUMINOUS630 dalam hanya 2 minggu! Jom cuba sekarang!

Rangkaian NIVEA LUMINOUS630 boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official, dengan harga runcit antara RM105 hingga RM165.

Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.

SKIP THIS AD ×