berita

Sambutan Hari Lahir Terakhir Bersama Abang Kembar, Lelaki Maut Rempuh Lori

January 20th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25, pasangan kembar Wan Muhammad Azwan dan adiknya, Wan Muhammad Asyraf disahkan terlibat dalam sebuah kemalangan di Simpang Empat Kuari, Pulau Chondong, Kelantan, hari ini.

Menerusi laporan Sinar Harian, Wan Muhammad Asyraf perlu menerima hakikat bahawa sambutan hari lahir bersama abangnya itu merupakan kali yang terakhir. Ini kerana, abangya meninggal dunia di tempat kejadian. Sedihnya!

Ajal memisahkan pasangan kembar

Sekadar gambar hiasan

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi tadi, pasangan kembar tersebut dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja iaitu sebuah tahfiz yang berada di kawasan Pulau Chondong. Sebaik sampai di lokasi, Wan Muhammad Asyraf gagal mengawal motosikal yang ditunggang bersama abangnya selepas sebuah lori didakwa keluar dalam jarak dekat dari arah kiri jalan.

Ekoran daripada itu, abangnya berada di bawah lori dan mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, Manakala, adiknya itu mengalami kecederaan ringan. Menurut bapa pasangan kembar tersebut, Wan Muhammad Fadhli, ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya itu adalah pada 16 Januari lalu, namun mereka menunda tarikh sambutan tersebut untuk menanti kepulangan adik-beradik yang lain.

Saya tunda sambutan sebab tunggu adik-adik dia empat orang lagi. Jadi semua ada di rumah semalam dan saya buat majlis ringkas bersama keluarga. Saya tak bagi hadiah pun cuma dia sendiri tahu sejauh mana saya sayang dia dan adik-adik yang lain. Buat sambutan hari jadi pun sudah cukup bermakna pada mereka.

Terkejut apabila mendapat tahu

Sekadar gambar hiasan

Wan Muhammad Fadhli turut meluahkan perasaan terkejut sebaik sahaja mendapat tahu berita yang menimpa anak kembarnya. Tambahnya, anak kembarnya itu baru saja bertemu semalam dan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan. Bercerita mengenai Allahyarham Wan Muhammad Azwan, dia merupakan seorang pelajar sebuah universiti di Indonesia dan disifatkan seorang cucu yang baik kerana sanggup berulang-alik menjaga neneknya yang uzur dari Kubang Kerian ke Pulau Chondong.

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy, pemandu lori tersebut tidak mengalami kecederaan yangs erius semasa kemalangan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×