
Pelakon Anne Abdullah mengakui sehingga kini masih tertanya-tanya mengenai kronologi kehilangan Allahyarhamah Nadia Kesuma sebelum disahkan meninggal dunia di Jeddah pada Januari lalu.
Artikel Berkaitan: Suami Nadia Kesuma Dedah Bukti Video Arwah Rebah Di Airport Tidak Wujud – ‘Pihak Keluarga Telah Buat Permohonan Rasmi’
Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Detik Akhir Urusan Jenazah Nadia Kesuma, Dikebumi Selepas Subuh – ‘Diimamkan Sendiri Oleh Saya’
‘Sampai hari ini tak ada jawapan’

Ketika ditemui OhBulan!, Anne berkata, dia bukan berniat mempertikaikan keputusan pihak berkuasa, sebaliknya hanya mahu mengetahui siapa individu yang membawa arwah ke hospital dan mengapa kehilangan itu mengambil masa beberapa hari untuk disahkan.
Sampai hari ini tak ada jawapan, hanya tahu serangan jantung. Tapi sebagai kakak dan kawan, saya nak tahu masa arwah meninggal dunia tu siapa yang bawa pergi hospital?
Tak akan tiada siapa beritahu dekat balai polis atau kaunter lapangan terbang. Sebab lepas tiga hari, baru arwah dijumpai. Itu pun selepas menteri buat pengumuman.
Anne berkata demikian ketika ditemui di Viewing Party drama Luka Di Hujung Setia yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Anne, suami Allahyarhamah, Profesor Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah turut berusaha mendapatkan penjelasan termasuk cuba melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun tidak dibenarkan berbuat demikian.
Suami dia frust juga lah. Dia pergi dekat lapangan terbang, minta nak tengok CCTV tapi tak dapat. Mereka tak benarkan.
Tapi kita ada hak untuk tanya sebab tiga hari hilang dah hari keempat baru jumpa. Jadi kami rasa macam ralat sikit lah.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana jasad Allahyarhamah akhirnya berjaya ditemui dan diuruskan dengan sempurna.
Terdahulu pada 15 Januari lalu, Anne mendapati Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Nadia menaiki penerbangan pada malam sebelumnya menerusi sebuah agensi pelancongan bagi pakej umrah Jeddah-London.






