berita

Sampai Ke Afrika Selatan Ustaz Ebit Lew Tolong…

March 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ebit Lew

Umumnya mengetahui pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL), baru sahaja berangkat ke Afrika bagi menjalankan misi kemanusiaan dan kasih sayang pada tiga hari yang lepas.

Terbaru, menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, tampil menceritakan pengalamannya menjalankan misi tersebut di sana.

‘Sebak sayu rasa hati’

Foto: Ebit Lew

Menerusi perkongsian tersebut, beliau berasa sebak dan sayu melihat kesusahan yang dialami oleh penduduk di sana. Bahkan, Ebit juga membawa sedikit buah tangan buat mereka.

Sebak sayu sangat rasa hati melihat kesusahan penderitaan sebahagian penduduk. Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak. Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar. Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari. Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut, Malaysia Malaysia.

Apa yang lebih meruntuh hati, apabila beliau menceritakan keadaan rumah di sana yang serba kekurangan dan daif. Tidak berakhir di situ, kehadirannya juga disambut baik oleh penduduk di situ.

Rasa terharu

Foto: Ebit Lew

Layanan yang diberikan oleh penduduk di sana cukup istimewa sehingga menyebabkan Ebit berasa begitu terharu. Menerusi ruangan komen, rata-rata turut memuji kebaikan Ebit yang membantu penduduk di Afrika.

Wanita sini sentiasa dukung anak di belakang. Kuatnya wanita dimana-mana. Berjalan jauh mana pun boleh dengan dukung anak. Siap menari dan tepuk tangan masa kita beri hadiah pada mereka. Mereka tak berebut. Baik jer semua beratur. Balik dari kampung ini dalam van saya menangis. Rasa terharu sangat dengan layanan mereka. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Foto kejadian

Foto: Ebit Lew

Sumber: Ebit Lew

 

SKIP THIS AD ×