berita

Berlaku Salah Faham, Suami Tergamak Racun Isteri Guna Cecair Pencuci Lantai

January 26th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki di Kabupaten Malang, Indonesia ditahan polis selepas tergamak meracuni isterinya sendiri sehingga maut.

Artikel Berkaitan: Wanita Tergamak Racun Anak Teman Lelaki Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Terlanjur Dengan Adik Ipar Sampai Hamil, Suami Racun Isteri Sebab Tak Diizinkan Kahwin Lain

Berlaku salah faham

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Okezone, kejadian berlaku disebabkan salah faham dan disaksikan oleh anak mereka sendiri.

Menurut jiran mangsa, dia ada mendengar pergaduhan antara mereka namun menganggap itu hanyalah pergaduhan rumah tangga biasa saja sehinggalah anak mangsa datang ke rumah untuk mendapatkan air putih.

Anak mangsa berusaha pergi ke rumah setiap jiran untuk mendapatkan bantuan tetapi penduduk menyangka kanak-kanak tersebut hanya bergurau dan membiarkan dia sendiri.

Walau bagaimanapun, mangsa terpaksa menghubungi salah seorang jiran terbabit bagi mendapatkan bantuan.

Jiran mangsa segera membawanya ke hospital berdekatan namun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada Rabu malam.

Disebabkan itu, suspek ditahan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian ini.

Mayat mangsa masih berada di hospital untuk tujuan bedah siasat dan suspek disyaki meracun mangsa menggunakan cecair pencuci lantai kerana terdapat beberapa tumpahan yang ditemui polis di tempat kejadian.

Sumber: Okezone

SKIP THIS AD ×