berita

Sampai Pokok Keladi Pun Orang Nak Curi…

March 10th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makin ramai rakyat Malaysia yang menggiatkan diri dengan hobi bercucuk tanam pokok hiasan dan sayur-sayuran. Antara pokok hiasan yang digilai ramai ialah pokok keladi atau caladium, sampai ada yang sanggup mencuri tanaman hiasan tersebut.

Siap guna cangkul tuan rumah

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Noor Suziela menerusi satu hantaran di halaman Warga Machang, tampil menceritakan sembilan pokok keladi miliknya yang dipercayai telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat, kali terakhir Suziela melihat pokok-pokok tersebut dalam keadaan yang baik adalah dua malam yang lepas, dan pada pagi semalam suaminya menemukan pokok-pokok tersebut telah dicuri, dan dua cangkul milik mereka telah digunakan bagi kecurian tersebut.

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Suziela menyatakan yang pihak berkuasa telahpun mengambil cap jari dari tempat kejadian agar kes tersebut dapat disiasat dengan lebih terperinci.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan perkongsian tersebut dan berkata bahawa harga sebuah pokok keladi adalah sangat mahal, apatah lagi sembilan tanaman pokok keladi.

Sumber: Noor Suziela

SKIP THIS AD ×