

Pelakon Alicia Amin bertindak berani mati apabila melakukan protes di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) terhadap seorang individu yang didakwa berhutang bayaran model yang telah melunaskan tanggungjawab di pentas peragaan.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Yang Bela, Bukan Kau’ – Alicia Amin
Datang jumpa saya

Menerusi Instagram Stories, Alicia yang juga merupakan seorang model tampil memegang plakad seorang diri di Pavillion Kuala Lumpur, pada Khamis.
Berdasarkan kenyataan yang ditulis, Alicia menegaskan kepada semua model yang terlibat untuk memastikan mereka menerima bayaran dalam tempoh satu hari.
Semua model tahun ini perlu dibayar dalam tempoh sehari. Kepada mereka yang masih menanti bayaran daripada tahun-tahun sebelumnya, sila datang berjumpa dengan saya.
Aktres berumur 27 tahun ini juga mendedahkan dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang bertugas untuk melakukan demonstrasi di KLFW2022 yang berlangsung sejak 17 hingga 21 Ogos.
Model bekerja sendiri tanpa pengurusan

Dalam hantaran berbeza, pemilik nama lengkap Raja Alicia Raja Amin menjelaskan punca dia berbuat demikian.
Kata pelakon drama Kuasa, dia bertindak sendirian kerana enggan melibatkan karier orang lain.
Sumber: Instagram @hangriii



![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)

![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)