berita

Samuel Rizal Dedah Selesa Peluk Aliyah Faizah, Tak Nervous Langsung Lakon Babak Ranjang Bersama

October 13th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Samuel Rizal Selesa Lakon Babak Ranjang

Pelakon Indonesia, Samuel Rizal memaklumkan dia sangat terbuka dan sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak ranjang bersama Aliyah Faizah bagi menjayakan filem terbaharunya Janin Iblis Neraka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Takkan Saya Nak Malukan Parents Dengan Buat Macam Tu?’- Riena Diana Perjelas Isu Kontroversi Babak Ranjang

Buat latihan bersama

Samuel Rizal Selesa Lakon Babak Ranjang

Menerusi satu sesi temu bual, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia akan berusaha sebaik mungkin dalam menjayakan sesuatu babak bagi membantu menghidupkan lagi jalan cerita kerana itu merupakan tugas yang perlu dilakukannya sebagai seorang pelakon.

Saya tak gugup sama sekali sebab sebagai seorang pelakon, saya hanya menjalankan tugas. Lagi pula yang menonton filem ini merupakan orang dewasa.

Menurut pelakon filem ‘Sayang You Can Dance’ itu lagi, dia juga banyak berbincang serta membuat latihan bersama Aliyah bagi memastikan wujudnya keserasian sesama mereka.

Kami sentiasa adakan latihan seperti bacaan skrip, brainstorming dan juga penukaran idea bagi memastikan babak yang dilakukan kami itu dihasilkan dengan baik dan sempurna.

Cara itu juga membantu kami untuk tidak kekok dan lebih selesa semasa berpelukan.

Sementara itu, Aliyah juga mengakui dirinya begitu selesa melakonkan babak tersebut bersama Samuel yang sudah dianggap sebagai seorang abang di dalam industri seni.

Saya sangat selesa dan telah menganggap Samuel seperti seorang abang kepada saya dalam bidang lakonan dan saya yakin Samuel juga begitu.

Jadi ia tidak menjadi masalah buat kami kerana kami banyak berbincang sebelum melakonkan babak itu.

Video

Sumber: YouTube 

SKIP THIS AD ×