berita

‘Sang Diva Jadi Permata Di Mana-Mana’ – Persembahan Siti Nurhaliza Di D’Academy 5 ‘Ubat’ Rindu Peminat Indonesia

December 15th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dapat menjejakkan kaki kembali ke Indonesia, baru-baru ini. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Siti diundang untuk membuat persembahan bersama finalis konsert akhir D’Academy 5 yang bersiaran secara langsung di stesen TV Indosiar.

Bahagia bertemu bintang muda

Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D Academy 5 sangat membahagiakan apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia. Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia. Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini.

Menurut Siti, dia berasa gembira kerana dijemput ke Indonesia dan bertemu dengan bakat-bakat muda di sana. Secara tidak langsung juga, kehadiran Siti di sana dianggap sebagai penyeri kepada racangan nyanyian itu dan mengubati kerinduan peminat di Indonesia.

Video

@indosiarid

LUAR BIASAAAA? siapa sih yang nggak histeris melihat penampilannya Sridevi dan Siti Nurhaliza??? #konserkemenanganda5 #Dacademy5 #fyp

? original sound – Indosiar – Indosiar

Sumber: Siti Nurhaliza

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×