Umum mengetahui Mufti Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam. Pelantikan beliau ternyata disambut penuh kegembiraan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Menerusi Instagram Ustaz Ebit Lew, pendakwah bebas itu turut bersyukur apabila Dr Zulkifli yang dianggap sebagai Tuan Guru memegang portfolio berkenaan.
Usaha dakwah dan kasih sayang
Syukur Alhamdulillah. Tahniah Tuan Guru Sahibus samahah Dato Seri Dr @drzulkifli.albakri yang teramat saya hormati dan sayangi. Menteri Agama Negara kita. Betapa masyarakat dan anak muda kita memerlukan usaha berterusan terutama dalam membina jiwa anak muda dengan Islam.
Beliau seorang sangat rendah diri dan baik. Ingatlah lagi beberapa kali ceramah bersama. Dan saat jumpa di pejabat. Sangat tawaduk dan kuat memikirkan keadaan masyarakat dan membangunkan Malaysia dengan Islam dan kebaikan. Diwajahnya tergambar sedih bimbang atas masyarakat ini masa berbincang keadaan usaha dakwah kepada golongan anak muda di club, tepi jalan, lgbt,anak remaja, membantu yang ingin belajar Islam. Tahniah Dr Zulkifli Al Bakri. Allah sayang yang Mulia Ustaz Dr Zulkifli.
Ya Allah bantulah guru dan alim yang amat kami muliakan dan hormati ini. Jadikanlah ini semua asbab hidayah. Usaha dakwah dan kasih sayang serta keadaan masyarakat kita bertambah satu hati dalam mendekatkan diri pada Allah. Ya Allah bantulah dan rahmatilah negara Malaysia ini jadi asbab hidayah seluruh alam. Ya Allah terimalah dan berkatilah negara kami – Ebit Lew.
Berkat doa alim ulama
Sumber: Ustaz Ebit Lew