berita

Sanggup Bergadai Nyawa Dalam Hujan Ribut, Uncle Kentang Terharu Lihat Usaha Rider GrabFood Ini

January 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sering berkongsi pelbagai kisah keperitan hidup yang dilalui oleh masyarakat di Facebook, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan ini sering menjadi tumpuan netizen.

Jika sebelum ini, Uncle Kuan membantu suami isteri membawa jenazah anak mereka pulang ke kampung. Kali ini, dia berkongsi kisah seorang rider GrabFood yang rajin mencari rezeki walaupun keadaan pada masa tersebut hujan lebat. Sedihnya!

Anak Melayu tak malas

Mak, ayah saya tak malas. Anak Melayu tak malas. Kalau emak beliau nampak anak sendiri menggigil dalam kesejukan semata-mata mencari rezeki ciput sebegini. Pasti mak akan menangis dan mendakap anaknya. Anak aku tidak malas. Saya sedih melihat seorang anak Melayu menggigil-gigil masuk ke shopping complex Paradigm mengambil order makanan untuk dihantar.

Di luar sana guruh dan kilat menguasai ruang langit dan menari bersama curahan air hujan menggila serta angin kencang bermain dengan pokok pokok sekitar mengoyangkan mereka seolah olah nak tumbangkannya. Tapi anak Melayu ini rileks saja dan wajah muka beliau tenang meneliti isi kandungan telefon agar order mereka yang lapar tidak tercicir. Air menitis dari baju hujan beliau dan beliau mengigil dalam kesejukan. Malas? Tidak sungguhnya.

Menerusi Facebook Uncle Kuan, dia memberitahu bahawa anak Melayu bukan seorang yang pemalas. Ini kerana, dia melihat seorang lelaki yang merupakan rider GrabFood, sanggup mencari rezeki demi keluarga walaupun dia berada dalam kesejukan akibat hujan yang terlalu lebat di sebuah pasar raya.

Mencari sedikit rezeki

Mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bukan macam YB dan Menteri, gaji berpuluh ribu, keluar masuk ada GRO, ada tepung, ada taukeh dan kontraktor memimpin, bila makan ada orang tolong bayar bil, ada taukeh Cina jaga dari kepala hingga kaki. Hakikat sebenarnya Melayu bukan malas, tetapi mereka bergaji kecil dan sanggup gadai nyawa dalam hujan ribut semata mata untuk membawa sebungkus dua nasi yang halal untuk anak anak makan. Mana ada Melayu yang bekerja hidup senang? Mewah apatah lagi? Jangan di mimpikan. Mereka hanya cari sedikit rezeki yang halal.

Di samping itu, Uncle Kuan turut memberitahu bahawa rider tersebut seorang yang teliti kerana dia memeriksa kesemua pesanan yang dilakukan oleh pelanggan sebelum bergerak menghantar makanan tersebut. Tambahnya, gaji yang kecil merupakan sebab mengapa orang Melayu sanggup bergadai nyawa dalam hujan ribut untuk mendapatkan rezeki.

Sumber: Kuan Chee Heng

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×