berita

Sanggup Berhenti Kerja, Asalkan Dapat Solat Berjemaah. Rezeki Datang Mencurah-Curah Bagai Air

April 13th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang doktor dikenali sebagai Redza Zainol, menerusi satu status di Facebook berkongsi satu kisah seorang lelaki yang sanggup berhenti kerja sebagai penjual murtabak dan beralih bidang menjadi pemandu e-hailing. Apabila disoal mengapa dia berhenti dan bertukar kerja, jawapan lelaki ini berjaya membuatkan doktor ini sebak.

‘Saya ni tak pandai sangat tuan’

Sekadar gambar hiasan

Kisahnya bermula apabila pemandu ini mula menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang hidupnya. Jelasnya, dia hanya bekerja sebagai pemandu berikutan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan hanya belajar sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa kereta.

Doktor Redza Zainol, ketika itu cuba membalas dengan sebaik mungkin dan menyatakan semua rezeki telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. tidak mengira tahap pelajaran seseorang itu.

Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak. Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.

Pada masa yang sama, doktor ini sempat bertanyakan beberapa soalan mengenai keluarganya termasuk isteri dan anak-anak.

Ada isteri, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa. Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.

‘Sebab dah lama tak solat jemaah’

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, lelaki ini menjelaskan dia berkhidmat sebagai pemandu e-hailing kerana sudah lama tidak solat secara berjemaah. Ujarnya lagi, kerja sebelum ini membolehkan dia solat seperti biasa namun membataskannya untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah. Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah. Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.

Keputusan yang diambil ketika itu, pada mulanya sama sekali tidak mendapat sokongan isterinya. Bagaimanapun, lelaki ini sudah bertekad dan berniat untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah. Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.

Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam. Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay. Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun.

Jelasnya lagi, pekerjaan yang dilakukan sekarang membolehkan dia ‘bebas’ dan tidak terikat dengan mana-mana dan boleh memfokuskan terhadap ibadah.

Tak ada apa nak dikejar dah. Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah. Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni.

Sumber: Redza Zainol

SKIP THIS AD ×