berita

Sanggup Gali, Kutip Kepak Ayam – Penduduk Sibu Korek Lubang Dapatkan Ayam Yang Ditanam

April 5th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_kepak _ayam

Viral di media sosial semalam apabila penduduk kampung di Sibu mengorek lubang demi mendapatkan kepak ayam yang didakwa ditanam Pihak Kasta Sibu. Menurut sumber, sebanyak 3 tan lori kontena ayam telah dirampas kerana tiada permit import yang sah.

Namun, ada dakwaan juga yang menyatakan kepak berkenaan dibuang kerana tidak boleh dimakan atas alasan kesihatan. Haish macam mana tu?

Sanggup gali, kutip kepak ayam

Posted by INFO Sarawak on 4hb April 2017

“Seperti Mencari Emas”

Penduduk Kampung di Jalan Engkalat, Sibu mendapat rezeki melimpah ruah apabila Pihak Kastam Sibu telah merampas sebanyak 3 tan lori kontena sejak jumaat lepas 31.3.2017 atas sebab tiada permit import yang sah. Pihak Kastam telah membuang “Sayap Ayam” import yang datang dari luar negara tersebut di Jalan Engkalat dan ditanam dikawasan Bukit Aup Sibu.

Penduduk kampung sanggup menggalinya beberapa kaki di dalam tanah semula untuk mendapatkan kembali Sayap Ayam yang masih segar dan dibasuh seterusnya dijual.

Ada dakwaan tidak boleh dimakan atas faktor kesihatan

Screen Shot 2017-04-05 at 1.25.28 PM

Screen Shot 2017-04-05 at 1.26.40 PM

Namun, Harian Metro pula melaporkan ada juga dakwaan menyatakan kepak ayam berkenaan dibuang kerana tidak boleh dimakan atas alasan kesihatan.

Jurucakap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika dihubungi, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pelupusan kepak ayam berkenaan.

“Setakat petang tadi tiada sebarang maklumat berkaitan perkara,”

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim memaklumkan pihaknya juga tidak terbabit dalam pembuangan kepak ayam berkenaan.

“Bukan dari jabatan kami,” katanya ketika dihubungi.

sumber : my Metro , Info Sarawak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×