berita

Sanggup Habis RM3500 Edar Makanan Percuma, ‘Pengantin’ Lelaki Ini Dapat Pujian Orang Ramai

May 18th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

pel

Murni sungguh hati hamba Allah ni, dek kerana rezeki perniagaan yang diusahakan tidak pernah putus pemilik butik berkongsi nikmat bersama orang ramai. Sejak beberapa hari lepas kelibat seorang lelaki berpakaian busana lengkap macam pengantin lelaki jadi viral di laman sosial media.

Ingatkan pengantin betul, tapi lelaki ini mencari kelainan dan pada masa ingin membuat amal jariah. Dengar cerita makanan percuma akan diedarkan sehingga Khamis ni. Wahh, banyak pahala brader ni dapat ye. Semoga perniagaanya terus maju pada masa hadapan. Caya lah!

Belanja sebanyak RM3500

mur

Pemuda yang bernama Nor Hamidi Mohd Nadzir merupakan pemilik kepada Butik D Rias Bridal Collection. Wajahnya makin popular apabila dia bersedekah makanan percuma kepada pengguna Jalan Kok Lanas, Machang yang berhadapan dengan kedainya.

Sebelum ini dia juga bersedekah di masjid serta menyediakan makanan kepada jiran tetangga sekiranya memperoleh keuntungan lebih hasil daripada perniagaan butiknya. Tambah Hamidi, dia menghabiskan RM3500 untuk makanan percuma itu.

Hari pertama beri bihun goreng, hari kedua pula nasi goreng dan hari ini nasi daging kicap. Semuanya dimasak istimewa oleh ibu saya, Rokiah Idris, 54.

Hari pertama agihkan makanan ini, agak susah jugak kerana saya berbaju Melayu ala pengantin dan lengkap bertanjak serta keris menyebabkan orang pelik dan takut berhenti.

Namun selepas diterangkan niat saya, mereka faham dan beri sokongan.

Selain itu, Hamidi memperuntukkan sebanyak 120 bungkus makanan sehari yang diagih bersama air mineral. Hamidi berkata niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk malah ingin berkongsi rezeki Allah S.W.T dengan orang ramai. Gambarnya mengagihkan makanan jadi viral sejak beberapa hari ni di Twitter dan Facebook.

Dapat pujian dari netizen!

Screen Shot 2016-05-18 at 12.41.59 AM

Screen Shot 2016-05-18 at 12.42.26 AM

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×