berita

Sanggup Jadi Guard Di Tempat BF Bekerja, Nak Selalu ‘Dekat’, Gadis Reda BF Dijemput Ilahi

February 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan kehilangan orang yang tersayang merupakan momen-momen yang paling sedih dan berat untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita harus akur dan reda dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.

Seperti perkongsian seorang gadis di laman TikTok dikenali sebagai Imni Izzaty, yang menceritakan kisah hidupnya kehilangan teman lelakinya akibat kemalangan jalan raya. Bahkan, sebelum teman lelakinya meninggal dunia, mereka sudahpun berpisah dan itu seolah-olah hint yang terakhir diberikan oleh arwah.

Sebab sayang teman lelaki

Pengorbanan gadis ini bermula apabila dia sanggup ‘menebalkan muka’ untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat kerja teman lelakinya. Bahkan, teman lelakinya sama sekali tidak mengetahui perkara tersebut kerana tindakan gadis itu yang bijak dalam menyembunyikan identitinya.

Jelasnya lagi, niat asalnya untuk bekerja di situ adalah hanya untuk memerhati teman lelakinya dan pada masa yang sama menginginkan untuk sentiasa berada berdekatan dengannya. Pada masa yang sama, dalam video tersebut juga dipaparkan beberapa klip di mana dia sempat ‘mengintai’ teman lelakinya dari jauh sahaja.

Tapi semuanya Allah dah aturkan. Allah lebih sayangkan dia. Allah ambil dia dari kami semua yang sayangkan dia.

Namun, selepas beberapa bulan segala aktivitinya telah terbongkar dan diketahui oleh lelaki tersebut. Lagi menyedihkan, apabila perhubungan mereka seolah-olah tergantung seketika sebelum teman lelakinya meninggal dunia.

Bila dia dah takdak, benda paling rindu bila dia mai kerja mesti lah nak record dia, dengar bunyi moto dia. Terima kasih untuk kenangan 3 tahun, salam rindu dan Al-Fatihah buat mu.

Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, menceritakan arwah teman lelakinya masih menyimpan segala kenangan mereka bersama bahkan gambarnya masih terselit di dalam dompet arwah.

Bekerja sebagai pengawal keselamatan

@imniizatyyyBalas kepada @mohdfadzilfadil1 iyaa semua yg jadi pasti ada hikmahnya ? ##fyp ##shouldbeme ##lovestory ##foryoupage? original sound – aga??d??on – ??????s????

Meninggal akibat kemalangan

@imniizatyyyMungkin ada hikmah kenapa kita putus lagi awal sebelum awak pergi selamanya? semoga awak tenang disana? ##lovestory??? Kenangan yang terindah – Mardhiah?? | otw 50k

Al-Fatihah

Sumber: Imni Izzaty

SKIP THIS AD ×