berita

Sanggup Letak Ibunya Dalam Bonet Kereta, Perbuatan ‘Anak Derhaka’ Ini Dikutuk Teruk!

October 3rd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2015-10-02 at 3.05.23 PM

Aduhaiii.. rasa marah, geram, sedih semua ada bila baca kisah makcik terpaksa duduk dalam bonet kereta kerana anak bagi tempat duduk belakang untuk anak lelaki nya. Haihh.. kenapa la sampai macam tu sekali. Hina sangat ke mak dia sampai anak dia buat macam tu sekali?

Lagi sedih apabila kereta yang dipandu anaknya tu adalah hasil titik peluh dan duit simpanan ibunya sendiri. Memang tak patut betul la!

Anak tak kenang budi

Screen Shot 2015-10-02 at 3.05.23 PM

Menurut laporan dari media antarabangsa Shangaiist, kejadian ini berlaku di China baru-baru ni dan tindakan anak lelaki makcik ni telah mengundang marah pengguna di media sosial dan menyifatkan perbuatannya itu tidak berperikemanusiaan.

Sungguh biadap apabila seorang anak sanggup membiarkan ibunya berusia 60 tahun duduk di dalam bonet kereta semata-mata untuk memastikan anak lelakinya berada dalam keadaan selesa di kerusi belakang dalam satu kejadian di China, baru-baru ini.

Memetik laporan portal berita angtarabangsa Shangaiist, tindakan lelaki tersebut yang dikenali sebagai Liu telah mengundang kemarahan pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Ditahan pihak polis ketika sekatan jalan raya

Dalam kejadian menyayat hati itu, kereta yang dipandu Liu dalam perjalanan dari Jiangxi ke Wilayah Hubei, China dikatakan ditahan pihak polis yang ketika itu sedang membuat sekatan dan pemeriksaan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak polis terkejut apabila mendapati seorang warga emas diletakkan di dalam bonet kereta, sementara isteri Liu duduk di tempat duduk penumpang dan anaknya berada dalam keadaan terlentang di tempat duduk belakang.

Ketika disoal oleh pihak polis, Liu memberitahu polis bahawa dia meminta ibunya untuk duduk dalam bonet supaya anaknya boleh berehat dengan baik.

Susulan itu, polis terbabit mengarahkan warga emas itu untuk keluar dari bonet kereta dan berhasrat untuk mengeluarkan saman kepada Liu kerana tidak menghormati ibunya.

Ibu cuba ‘back up’ anaknya yang biadap

Bagaimanapun, warga emas itu dilihat cuba menyelamatkan anaknya dengan menyatakan kepada polis bahawa dia selesa berada di dalam bonet kereta.

Difahamkan, warga emas itu sanggup menggunakan kesemua duit pencennya untuk membeli kereta tersebut kepada Liu.

Namun, malangnya pengorbanan wanita tua itu dibalas anaknya dengan meletakkannya di dalam bonet kereta.

Sumber: Malaysian Digest

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×