berita

Sanggup Lupakan Hasrat Beli Barang Sendiri, Suami Pecahkan Tabung Syiling Belikan Isteri Emas

March 16th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Alangkah bertuahnya seorang wanita jika sang suami sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan mereka. Seperti perkongsian wanita ini apabila suaminya sanggup memecahkan tabung simpanan sendiri selama dua tahun demi membeli perhiasan emas buat isteri tercinta. Sweetnya!

Sanggup berkorban untuk isteri

Kronologi dia macam ni, hubby dah dekat 2 tahun menabung hanya duit syiling. Untuk beli barang dia tapi sebab semalam birthday saya. Tiba-tiba dia bagi tahu nak pecah tabung, kita macam okay jela. Siap pecah dia cakap ayang tolong kira.

Kita tolong je la pikir dah ada barang dia nak beli la tu. Alih-alih dia cakap cepat kira lepas tu total semua sayang kne habiskan beli barang kemas sayang sempena birthday girl. Gigih la kira dari 3pm-5pm siap stop makan jap, siap semua..

Wanita ini tak sangka suaminya sanggup memecahkan tabung simpanannya sendiri untuk membeli hadiah hari jadinya. Pada awalnya dia tidak tahu niat suaminya kerana bersangka mungkin suaminya memecahkan tabung duit untuk memberi barangnya sendiri.

Suami cakap bawak pergi kedai emas beli hahah saya cakap jangan buat naya la. Kita kat sini kira pun 2 jam, lagi nak tunggu kat kedai emas tu lama-lama. Memang tak boleh. Dia start kereta terus bawak duit pi tukar. Alhamdulliah nak bahagiakan bini, pi satu kedai ja dia pakat amik semua syiling tu. Pukul 7 lebih dia balik.

Balik daripada menukar wang syiling tersebut, suami wanita ini terus mengajaknya ke kedai emas untuk membeli emas. Memamg bertuah sungguh suami yang bersungguh mahu belikan emas buat isteri.

Untungnya isteri

Sampai mall siap pesan lagi habiskan tau semua duit. Siap pesan sebab dia tahu bini dia nak jenis berjimat. Dah alang-alang bagi greenlight pilih-pilih dapat la tiga ketoi ni. Pixiu tu saya beli je sebab maching dengan gelang lama, tak pakai pun.

Rata-rata di ruangan komen memuji sikap suami yang mementingkan isteri berbanding diri sendiri. Malah, ada yang mendoakan agar suami mereka turut mendapat ‘hidayah’ seperti ini.

Alhamdulillah dapta suami yang begitu menghargai isteri. Hargailah nikmat Allah beri tu. Harap-harap suami saya baca post ini, bolehlah start menabung demi kebahagian isteri.

Sumber :Cik Wawa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×