berita

Sanggup Minum Peluntur Sebab Kena ‘Paksa’ Kahwin

October 10th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Peluntur merupakan satu bahan kimia rumah yang seringkali digunakan dalam mmemutihkan pakaian dan membuang kotoran terutamanya di bilik mandi dan dapur. Berupaya membunuh kuman dan bakteria, bahaya bagi seseorang untuk meminumnya.

Baru-baru ini seorang gadis memilih untuk meminum peluntur ekoran enggan meneruskan hubungan beliau dengan teman lelakinya. Gadis tersebut mengalami muntah dan sakit perut sebelum dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent.

Sebelum kejadian, beliau bertengkar dengan ibunya

Menerusi Harian Metro, sebelum kejadian yang berlaku di Sabah, gadis tersebut dikatakan bertengkar dengan ibunya kerana beliau tidak menjaga sikapnya di hadapan keluarga teman lelakinya yang datang ke rumah.

Teman lelakinya datang ke rumah bersama ahli keluarga dipercayai untuk membincangkan berkenaan perkahwinan mereka. Bagaimanapun, gadis itu enggan meneruskan hubungan kerana mendakwa lelaki itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain

Siasatan dijalankan

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, kes tersebut masih lagi dalam siasatan. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Gadis itu masih menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×