Pengurus kepada pelakon Azar Azmi iaitu Kam Abd Manap, menyifatkan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebagai individu yang baik hati serta tidak berkira dalam membantu orang lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Dakwa Tak Dapat RM200,000 – ‘Anak-Anak Dicaci, Kami Tidak Ada Kereta Mahal’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Saya Silap Bantu Orang Yang Tak Sepatutnya Dibantu’ – Hantaran Terbaharu Aliff Syukri Undang Perhatian

Puji Aliff Syukri, isteri

Menerusi satu hantaran di Threads, Kam berkongsi pengalaman sepanjang Azar bekerjasama dengan pasangan usahawan berkenaan malah menyifatkan segala pertolongan yang diberikan dilakukan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Sepanjang Azar bekerjasama dengan Dato Aliff beberapa kali, Dato dan Datin adalah orang yang baik dan tak pernah berkira.

Apa yang dia buat tiada selindung atau menunggang apa-apa cerita. Setiap kata-kata Dato Datin seiring dengan perbuatan.

Dalam masa sama, Kam turut mendedahkan bahawa pasangan usahawan itu pernah meminjamkan pembantu rumah mereka untuk menjaga anak-anak Azar bagi memudahkan pelakon tersebut keluar mencari rezeki.

Masa ada tak ada apa-apa, Dato dan Datin pinjamkan bibik mereka untuk jaga anak-anak bagi memudahkan Azar untuk mencari rezeki, can you imagine until that level?

Sebelum ini, pelakon Norish Karman menerusi sebuah podcast mendedahkan dia menerima kurang daripada separuh daripada jumlah RM50,000 hasil sesi siaran langsung bersama seorang usahawan sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sumber: Threads