berita

Sangka Anak Tidur Rupanya Mati Dibunuh, Jiran Tampil Cerita Kejadian Sebenar

February 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Mayat seorang lelaki warganegara Indonesia telah ditemui selepas mangsa dipercayai terjun dari tingkat atas bangunan rumahnya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui mangsa didakwa telah membunuh anak kandungnya terlebih dahulu sebelum bertindak membunuh diri.

Artikel Berkaitan: Bapa Kandung Disyaki Bunuh Anak Kandung Sebelum Terjun Bangunan

Terbaru, jiran kepada kanak-kanak yang didakwa dibunuh oleh bapa kandung itu telah menceritakan tentang kejadian yang menimpa keluarga terbabit.

Sangka anak tidur…

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan laporan daripada Harian Metro, jiran yang dikenali dengan nama Marsiah Sadili memaklumkan bahawa ketika kejadian dia baru sahaja selesai solat Asar. Dia yang mendengar jeritan ibu mangsa bergegas ke rumah terbabit dan mendapati kanak-kanak berusia tujuh tahun itu telah meninggal dunia.

Saya melihat mangsa dalam keadaan terbaring di katil serta berpakaian penuh tanpa ada kesan-kesan kecederaan fizikal yang jelas.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, dia memaklumkan bahawa ibu mangsa pada awalnya tidak tahu keadaan sebenar sehinggalah dia memanggil anaknya itu berkali-kali. Tetapi anaknya langsung tidak menyahut.

Dia kemudian mengejutkan anaknya yang disangka tidur, namun kanak-kanak itu didapati sudah tidak bernyawa.

Suami isteri pernah bertengkar

Sekadar gambar hiasan

Sementara itu, wanita ini memberitahu bahawa suami jirannya baru sahaja keluar rumah dan tidak lama selepas itu mereka dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa di kawasan parkir motosikal. Difahamkan, mangsa dipercayai telah terjun dari tingkat atas bangunan kediaman terbabit.

Tiga bulan lalu, saya pernah mendengar pasangan suami isteri itu bergaduh, namun hanya beberapa minit.

Susulan daripada insiden ini, seramai tiga individu termasuk ibu kandung kanak-kanak terbabit telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×