berita

Tumpahkan Gula Masa Bancuh Teh, Budak 2 Tahun Dibunuh Ibu Kandung, Mayat Dicampak Dalam Hutan

July 23rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Indonesia dilaporkan meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh ibu kandungnya sendiri gara-gara menumpahkan gula ketika membancuh minuman.

Bunuh anak sebab tumpahkan gula

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Regional Kompas, pada 16 Julai lalu, suspek yang dikenali dengan nama Rince membuat laporan palsu kononnya anak lelakinya, Mikel telah ‘hilang’ selama tiga hari. Dakwa wanita ini lagi, dia sudah mencari kanak-kanak itu di merata-rata tempat tetapi masih belum ditemui. Susulan daripada itu, pihak polis mula menjalankan siasatan termasuklah melakukan pencarian di kediaman suspek.

Namun pada 18 Julai 2022, segala-galanya terbongkar selepas penduduk kampung mendakwa terhidu bau yang sangat busuk datang dari kawasan hutan yang terletak lebih kurang satu kilometer dari rumah suspek. Rupa-rupanya, mayat Mikel ditemui di dalam hutan berkenaan. Hasil pemeriksaan ke atas mayat mangsa menunjukkan terdapat kesan melecet pada kaki dan tangan, warna kebiruan pada bibir, hujung jari kaki dan tangan, luka di leher, keadaan kepala, hidung selain duburnya dipenuhi ulat.

Mangsa kekurangn oksigen

Sekadar gambar hiasan

Mangsa dipercayai meninggal dunia dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan punca kematian dipercayai akibat kekurangan oksigen. Berikutan daripada penemuan mayat Mikel, suspek telah ditahan polis untuk membantu siasatan dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh anak lelakinya itu hanya kerana mangsa menumpahkan gula ketika membancuh teh.

Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan cara menekup mulut sehingga mangsa tidak bernafas. Suspek yang panik melihat keadaan mangsa kemudian bertindak membuang mayatnya ke dalam hutan berdekatan rumahnya. Suspek yang berusia 42 tahun ini telah pun ditahan polis dan siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.

Sumber: Regional Kompas

SKIP THIS AD ×