Tiada yang lebih menggembirakan hati ibu dan bapa selain melihat anaknya membesar dengan sihat dan gembira. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi melindungi dan menjaga mereka.
Namun, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Pada awalnya doktor beritahu anak sihat, keadaannya muntah pancut susu adalah normal. Tetapi apabila ujian X-ray dibuat usus anak sudah pecah dan berlaku jangkitan kuman.
Pada awalnya doktor cakap normal, sakit biasa
7 bulan Allah tumpangkan sayang dalam rahim ibu. Kawan yg selalu ada dgn ibu xkira masa . Bahagianya hidup ibu saat sayang mula tendang2 dalam perut perasaan yg tak terucap bila selamat lahirkan sayang walaupun perut ibu dibelah utk lahirkan sayang ibu tahan sakitnya demimu anak. 43 hari sayang di NICU . seusai balik hanya 99 hari allah bagi ibu jaga sayang . Terlalu cepat semua ni anak . Ibu x bersedia untuk semua ni. Terasa gelap dunia ni bila doc detect usus sayang pecah, sedangkan sayang x pernah meragam dari hari syg lahir . Ibu bawak sayang ke specialist klinik, ke Hospital kerajaan sp. Tp kata-kata doc semuanya sama (Anak puan sihat, keadaan dia normal, dia muntah2 pancut susu itu normal untuk baby mmg akan lalui semua tu. Baby x berak utk beberapa hari itu jugak normal. Perut keras cekang itu sbb dia menangis jd keras. Telur bengkak sbb dia bby premature mmg telur x turun habis lg sebab dia lahir awal bulan kata doc normal keadaan mcmni sebab bby puan lahir premature. Hosptal buat xray perut sayang pd 17/8/17 doc ckp xray xnmpak apa2 yg pelik doc xtau apa puncanya jdi sayang akan di transfer ke HSB Utk rawatan lanjut dgn doc pakar disana) Tetapi seakan Terhenti nyawa ibu saat ke HSB doc pagi 18/8/17 nafas sayang terlalu semput. Ibu risau bila nurse masukkan ubt di bontot untuk cuci dalam mudahkan sayang berak. Tetapi ubat tu telah masuk ke atas dan cuci usus sayang. 10minit selepas ubat tu dimasukkan terus keadaan sayang berubah nampak terlalu penat. Allahu anak 2 jam sayang bunyi nafas yg pendek tanpa henti. (Ibu tnya doc kenapa anak saya bunyi mcmtu tanpa henti selama 2jam dah, doc tanya ibu balik kenapa ya puan td jd mcmni x? Mmg selalu anak puan bunyi mcmni ke? Sebab td baby puan sihat normal je) doc xtau punca dan refer pd doc pakar. Doc pakar cakap sayang dah kekurangan oksigen.
Bila xray usus dah pecah
Doc msukkan wayer oksigen dihidung sayang tp x cukup doc terpaksa masukkan tiub oksigen direct ke paru2 sayang. Allahu anak air mata ibu x berhenti mencurah2 saat melihat keadaan anak yang ibu kandung 7 bulan bersirat2 wayer di badan. Doc buat Xray perut anak ibu dalam masa yg teramat cepat doc bagitau ibu & abi ( hasil xray menampakkan usus anak puan dah pecah. Telur yg bengkak tu sebab usus keluar masuk ke situ sbb ada lubang disitu. Susu, ubat2 yang anak puan makan xmasuk ke saluran yg betul sbb ususnya dah pecah jd smua tu bercampur dlm perut jd air berasid . Air berasid tu naik ke paru2 mnyebabkan ada jangkitan kuman di paru2 dan perut. Allahuakhbar anak mcmana ibu nak terima semuanya sedangkan di sungai petani doc semuanya cakap anak ibu sihat normal xda masalah apa2. Baru sehari di HSB terus doc detact usus anak ibu dah lama rosak. Jadi doc terpaksa lalukan pembedahan secara emergency walaupun risiko utk umur sayang yg terlalu kecil. Petang 18/8/17 sepatutnya pembedahan harus dilakukan tetapi doc cakap keadaan anak ibu kritikal doc xdpt buat lg sbb bahayakan nyawa sayang kalau teruskan jugak jd doc tunda sampai sayang stabil dulu tapi doc ckp (kami akan tebuk lubang di perut bayi puan dulu untuk bantu dia lebih okay bagi asid2 dalam perut keluar dulu) doc call ibu utk sain borang tambah darah anak ibu selama 2 kali tmbah darah sbb darah anak x ckup utk nak operation pagi 19/8/17 . Selang 1 jam ibu dpt call dr doc katanya anak ibu dah terlalu lemah doc minta ibu & abi ke PICU jumpa sayang . Allahu anak kaki ibu seolah x berpijak ke bumi saat melihat keadaan sayang. Bunyi bipppppppppp pd mesin tu xmampu ibu dengar sayang. Doc ckp anak puan dah x ada. Gelap dunia ibu sayang. Sekelip mata Hilang segala-galanya. Beratnya utk ibu nak terima semua ni sayang. Selama adanya sayang di dunia Alhamdulillah allah kurniakan ibu anak lelaki yang sgt comel, baik, tak meragam x menagis sakit, aktif, ceria sgt. mcmna ibu nk terima bila sayang yg x pernah sakit tiba2 disahkan usus pecah. Anak, ibu kuat demi sayang walaupun hakikatnya Allah saja yang tahu. InshaAllah ibu kuat. Sayang doakan ibu ya sayang . Ibu terlalu rindukan sayang . Hati ibu x mampu nk terima semua ni sayang tapi ibu akan kuat, ibu redha atas takdir allah . Duhai anak syurgaku berbahagialah sayang disana. Selamatlah kamu disana anak. Sejuk perut ibu lahirkan sayang. Walaupun hanya 142hari allah pinjamkan ibu anak yang baik ibu bersyukur perut ini yang kandungkan sayang walaupun hanya 7 bulan . Hilang segala sakit ibu tiap kali tatap wajah sayang bahagianya ibu allah izinkan ibu utk menjadi seorang ibu walaupun sekejap. Nikmat bahagia bersamamu xkan pernah hilang diingatan ibu selama hayat ibu. Terima kasih jd penyeri dalam hidup ibu selama 142 hari sayang di dunia. Tenanglah disana duhai anak berehat lah dengan baik . Nantikan ibu & abi ya sayang .
ZULFIQAR MIKAIL BIN MOHAMAD ZUL AMYRUDDIN
31MAC2017-19OGOS2017
AL-FATIHAH
#142hariAssalamualaikum anak syurga ibu.
sumber : Nooraslinda Nordin