berita

Sangka Hanya Alahan Biasa, Kulit Cita Citata Tiba-Tiba Jadi Merah & Gatal Gara-Gara..

September 3rd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, penyanyi dangdut Indonesia, Cita Citata, memberitahu dia baru sahaja menjalani pembedahan tonsil. Menurutnya, dia menghidap penyakit Streptococcus Tonsillitis iaitu tonsil bengkak sejak lima tahun lalu.

Pelantun suara ‘Goyang Dumang’ ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya sebelum disahkan menghidap penyakit tersebut.

Selalu merah dan gatal

Hi semua. Aku ingin berbagi pengalamanku melawan penyakit yang aku hadapi 5 tahun terakhir. Gejala mulanya menyerang kulitku. Hampir setiap hari aku selalu merah merah bentol dan gatalnya bukan main. Pokoknya setiap kena benda yang agak sedikit tajam, perubahan udara dingin atau panas langsung memerah, kena debu dan kotor juga sangat mengganggu sekali.

Menurut Cita Citata, dia mengalami tanda-tanda awal seperti kulit merah dan gatal sebelum mengetahui dia sebenarnya mempunyai masalah tonsil. Tambahnya, dia sudah melakukan pelbagai usaha termasuk berjumpa dengan doktor ketika mengalami alahan tersebut. Di samping itu, dia turut mengambil suntikan stem cell dan vitamin sepanjang proses rawatan.

Mengulas dengan lebih lanjut, Cita Citata turut mengalami tekanan ketika bertemu dengan orang ramai. Sistem imunnya juga turut terganggu sepanjang tempoh tersebut. Jelasnya lagi, sebelum dia dimasukkan ke wad, suhu badannya turut meningkat sehingga 39 darjah Celcius.

Pembedahan berjalan lancar

Setelah melakukan pembedahan membuang tonsil, tanda kemerahan dan kesakitan yang dialaminya sudah semakin sembuh. Dia turut memberitahu bahawa tonsil mampu membuatkan sistem badan seseorang menjadi lemah.

Buat masa sekarang, dia mengakui masih berada di fasa penyembuhan dan alahan yang dialami juga semakin pulih. Cita Citata juga berharap pengalamannya ini mampu memberi manfaat buat masyarakat. Dia turut memberi nasihat agar semua masyarakat menjaga makanan dan sentiasa bersenam.

Sumber: Cita Citata

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×